Sorting by

×

MELAKA UMUM BIL AIR PERCUMA KEPADA MANGSA BANJIR

Masa Membaca:41 Saat

SERI NEGERI 15 Julai – Kerajaan Negeri mengumumkan insentif khas berupa bil air percuma kepada semua mangsa-mangsa banjir yang terjejas dalam musibah baru-baru ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, bantuan khas itu diberikan sebagai tanda keprihatinan dan bertujuan meringankan beban mangsa terlibat.

Jelas beliau, bil percuma itu diberikan untuk bulan Julai ini.

“Bil air percuma ini diberikan kepada semua mangsa yang berdaftar di mana mereka tidak perlu membayar bil air pada bulan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada ucapan penggulungan Persidangan Kedua, Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Melaka Kelima Belas, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, mewakili Kerajaan Negeri, Ketua Menteri turut merakamkan rasa dukacita di atas bencana yang berlaku dan akan terus berusaha untuk mencari jalan penyelesaian terbaik demi rakyat.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

425
Kongsi :
Previous post PINDAAN ADUN LANTIKAN PENUHI KOMITMEN MANIFESTO BN
Next post JUMLAH HOTSPOT BANJIR DI MELAKA BERKURANG KEPADA 102 LOKASI