Sorting by

×

JUMLAH HOTSPOT BANJIR DI MELAKA BERKURANG KEPADA 102 LOKASI

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

SERI NEGERI 15 Julai – Jumlah lokasi ‘hotspot’ banjir di Melaka berjaya dikurangkan daripada 124 kepada 102 kawasan berikutan pelbagai hasil dan usaha mitigasi dan projek tebatan banjir yang dilaksanakan Kerajaan Negeri.

Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin berkata, pengurangan itu menunjukkan langkah yang diambil Kerajaan Negeri mula membuahkan hasil meskipun negeri ini masih berdepan cabaran perubahan iklim serta pembangunan pesat.

Katanya, insiden banjir di negeri ini adalah disebabkan banjir kilat yang berlaku akibat taburan hujan luar biasa dalam tempoh singkat.

“Baru-baru ini beberapa kawasan yang terlibat banjir merekodkan taburan hujan melebihi 150 hingga 160 milimeter (ml), manakala 21 stesen Jabatan Pengairan dan Saliran merekodkan bacaan melebihi 100 ml.

“Keadaan ini menyebabkan beberapa kawasan seperti Taman Rambai Jaya, Rambai Utama, Masjid Tanah Ria dan beberapa lokasi lain mengalami banjir lebih teruk daripada kebiasaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas selepas Persidangan Kedua, Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Melaka Kelima Belas di Dewan Undangan Negeri, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Rais berkata, isu taburan hujan bukanlah faktor utama, pembangunan baharu juga perlu dikawal selia dengan lebih ketat supaya tidak menjejaskan sistem saliran sedia ada.

“Setiap projek pembangunan perlu menyediakan sistem saliran mencukupi termasuk kolam takungan air atau On-Site Detention (OSD) mengikut keperluan.

“Selain memastikan aliran keluar air dapat berfungsi dengan baik bagi mengelakkan kejadian banjir,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

274
Kongsi :
Previous post MELAKA UMUM BIL AIR PERCUMA KEPADA MANGSA BANJIR
Next post MELAKA LAKSANA 5 STRATEGI TAMBAH BAIK TEMPOH MENUNGGU FASILITI KESIHATAN