
4 JAPERUN TELAH DIKOSONGKAN, JAWATAN EXCO AKAN DIPANGKU
SERI NEGERI 15 Julai – Kerajaan Negeri telah menerima surat rasmi peletakan jawatan daripada wakil-wakil DAP Melaka yang melepaskan semua jawatan dalam pentadbiran negeri berkuat kuasa serta-merta, semalam.
Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, selepas surat tersebut diterima, kesemua empat Japerun yang ditadbir wakil rakyat berkenaan telah dikosongkan dan Kerajaan Negeri akan mengambil alih pusat pentadbiran di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) itu.
“Saya juga ingin memaklumkan bahawa keputusan rasmi semalam yang dibuat oleh pihak DAP adalah melepaskan semua jawatan sehingga ke peringkat majlis daerah.
“Disebabkan mereka telah mengosongkan Japerun, Kerajaan Negeri akan mengambil alih struktur pengurusan Japerun ini dengan kadar segera,” katanya pada sidang media hari terakhir Persidangan Kedua, Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Melaka Kelima Belas di sini, hari ini.
Sementara itu, ditanya mengenai kekosongan jawatan Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri susulan pengunduran wakil DAP daripada pentadbiran negeri, beliau berkata tiada keperluan untuk mengisi jawatan tersebut dalam masa terdekat.
“Dalam tempoh terdekat ini, tidak perlulah kita mengisi kekosongan itu. Jawatan itu akan dipangku buat sementara waktu,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MASA MENUNGGU DI KLINIK KESIHATAN MELAKA KINI BERKURANG
SERI NEGERI 15 Julai - Purata masa menunggu di klinik kesihatan negeri ini semakin berkurang dengan pelaksanaan sistem Cloud-Based Clinic...
KERAJAAN NEGERI TERUS BERKHIDMAT UNTUK RAKYAT
SERI NEGERI 15 Julai - Kerajaan Negeri menegaskan penggal terakhir pentadbiran Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-15 bukan tempoh untuk memperlahankan...
ADLY SOKONG PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI, KEPUTUSAN POLITIK DIBINCANG ESOK
SERI NEGERI, 15 Julai – Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari menegaskan beliau masih menyokong pentadbiran Kerajaan Negeri yang...
BIL AIR PERCUMA BERI MANFAAT 327 KELUARGA MANGSA BANJIR MELAKA
SERI NEGERI 15 Julai – Kerajaan Negeri mengumumkan Bantuan Khas Melaka Sayang Rakyat Bil Air Percuma kepada mangsa banjir di...
1,900 PELAJAR B40 MELAKA BAKAL TERIMA LESEN B2 PERCUMA
SERI NEGERI 15 Julai – Seramai 1,900 pelajar daripada keluarga B40 di Melaka bakal menikmati manfaat Program MyLesen B2 Sekolah...
MELAKA LULUS RM5 JUTA PROJEK SEGERA ATASI BANJIR
SERI NEGERI 15 Julai - Kerajaan Negeri meluluskan peruntukan tambahan RM5 juta bagi melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan longkang dan sistem saliran...
