Sorting by

×

JELAJAH KETUA MENTERI: SUARA RAKYAT JADI PANDUAN KERAJAAN NEGERI

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

MERLIMAU 17 Julai – Suara dan pandangan rakyat yang diperoleh menerusi Program Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat menjadi panduan penting kepada Kerajaan Negeri dalam merangka dasar serta menentukan keutamaan pembangunan di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN).

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, pendekatan turun padang itu membolehkan beliau bertemu dan mendengar sendiri pandangan rakyat daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk nelayan, petani, penjaja, usahawan, warga pendidik dan golongan belia.

“Saya dapat berjumpa dengan rakyat dalam pelbagai kategori dan mendengar sendiri segala pandangan, cadangan serta permasalahan yang mereka hadapi.

“Alhamdulillah, setakat hari ini saya sudah menjelajah enam kawasan DUN dan Insya-Allah saya akan menghabiskan jelajah ke semua 28 DUN dalam masa terdekat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Program Hari Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Bersama Rakyat (HEBAT) Negeri Melaka sempena Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat DUN Merlimau di Dewan Datuk Haji Ahmad Ithnin, di sini, hari ini.

Menurut Ab Rauf, pendekatan turun padang itu juga membolehkan penyampaian dasar serta inisiatif kerajaan disampaikan secara terus kepada masyarakat, selain membuka ruang kepada rakyat untuk memberikan maklum balas bagi menambah baik penyampaian perkhidmatan Kerajaan Negeri.

“Kita tidak mahu hanya menerima laporan di pejabat, sebaliknya turun sendiri ke lapangan untuk melihat keadaan sebenar dan mendengar sendiri suara rakyat.

“Daripada pertemuan ini, kita dapat mengenal pasti perkara yang perlu diberi keutamaan dan seterusnya mengambil tindakan yang bersesuaian demi kesejahteraan rakyat,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

366
Kongsi :
Previous post WRUR MERLIMAU BAWA KONSEP ‘ADUAN DI KEDAI KOPI’
Next post PERBEZAAN POLITIK BUKAN MEDAN PERMUSUHAN, AB RAUF TERIMA KEPUTUSAN PH DENGAN HATI TERBUKA