Sorting by

×

TANAMKAN JATI DIRI BIJAK LAKSANA TUAH, BERANI LAKSANA JEBAT DALAM KALANGAN ANAK MELAKA

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

MERLIMAU 22 Julai – Usaha untuk menanamkan jati diri ‘Bijak Laksana Tuah, Berani Laksana Jebat’ hasil cetusan idea Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh terus mendapat sambutan khusus melibatkan institusi pendidikan seluruh Melaka.

Terbaharu warga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Syed Zahiruddin menterjemahkan semangat cintakan sejarah Melaka dengan menyiapkan mural bertemakan Bijak Laksana Tuah, Berani Laksana Jebat kini menghiasi dinding bangunan sekolah berkenaan.

Guru Pendidikan Seni Visual SMK Tun Syed Zahiruddin, Noranizam Ahmad berkata, mural berkenaan disiapkan hasil kerjasama pelajar kolej tingkatan enam sekolah berkenaan dan sukarelawan.

“Menerusi mural ini kami mahu menonjolkan karisma atau watak bijak Hang Tuah dan keberanian Hang Tuah yang mempertahankan institusi rasa pada zaman kegemilangan kesulatanan Melayu Melaka.

“Berbeza dengan mural dengan tema sama yang pada kebiasaannya memaparkan aksi pertarungan antara kedua-dua tokoh berkenaan,” katanya ketika ditemui selepas majlis perasmian mural berkenaan yang disempurnakan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh sempena Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau 17 Julai lalu.

Noranizam berkata, pihak sekolah juga berasa amat bengga kerana Ketua Menteri sudi turun padang untuk menyempurnakan perasmian mural berkenaan, sekali gus mencerminkan kesungguhan beliau sebagai seorang yang benar-benar menghargai fakta sebenar sejarah Melaka.

“Alhamdulillah, Ketua Menteri juga menurunkan tanda tangan beliau, sekali gus melengkapkan mural ini. Biarlah mural ini kekal, menjadi tatapan buat warga SMK Tun Syed Zahiruddin, kita mahu memupuk semangat cintakan sejarah dalam kalangan peljar,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

476
Kongsi :
Previous post MAIM PERMUDAH URUSAN BANTU PENERIMA BAITULMAL UZUR
Next post MEDIPULIH PERKASA KESEJAHTERAAN 200 PEKERJA TKR MANUFACTURING