BUKTI ORANG ASAHAN SAYANG TOK RAUF

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

ASAHAN 23 Ogos – Kehadiran ribuan rakyat memeriahkan siri Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan menjadi bukti kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh terus mendapat sokongan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asahan, Datuk Fairul Nizam Roslan berkata, sambutan luar jangkaan itu membuktikan pendekatan Ab Rauf yang sentiasa turun padang dan dekat dengan rakyat mendapat tempat di hati masyarakat.

Katanya, menerusi empat lokasi yang dijelajahi, sambutan yang diterima amat luar biasa terutamanya di lokasi terakhir di Dataran Nyalas, Taman Nyalas Permai, yang dianggarkan dihadiri lebih 3,000 penduduk berbilang kaum.

“Alhamdulillah, perjalanan Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat di DUN Asahan bukan sahaja berjalan lancar, malah semua lokasi yang disinggahi rata-ratanya mendapat sambutan yang begitu menggalakkan daripada masyarakat.

“Ini jelas menunjukkan penerimaan masyarakat terhadap kepimpinan Ketua Menteri kita, amat menggalakkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Ramah MeSRa Bersama Masyarakat sempena siri Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat DUN Asahan di Dataran Nyalas, Taman Nyalas Permai, di sini, hari ini.

Fairul Nizam yang juga Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri berkata, sokongan padu itu juga menunjukkan bahawa rakyat amat menghargai kepimpinan yang memilih untuk turun sendiri bertemu mereka, mendengar permasalahan dan memahami denyut kehidupan rakyat.

“Jadi saya harap rakyat terus menyokong kepimpinan Datuk Seri Utama Ab Rauf kerana kita memerlukan seorang Ketua Menteri seperti ini yang sentiasa dekat dengan rakyat,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

798
Kongsi :
Previous post AGENDA SEJAHTERAKAN ASAHAN BELUM BERAKHIR