INISIATIF MESRA, WRUR BUKTI KEPRIHATINAN KERAJAAN NEGERI PADA RAKYAT MELAKA

Masa Membaca:1 Minit, 28 Saat

SERI NEGERI 24 Ogos – Gagasan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) adalah satu bukti keprihatinan, cakna dan ambil tahu Kerajaan Negeri diterajui Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh terhadap segala aspek yang melibatkan kesejahteraan serta kebajikan rakyat Melaka.

Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam amat berbesar hati dengan pelaksanaan MeSRa diperkenalkan Kerajaan Negeri sebagai teras utama pembangunan.

“Pendekatan ini bukan sekadar satu gagasan dasar, malah merupakan komitmen kerajaan dalam memastikan setiap agenda pembangunan negeri digerakkan dengan berpaksikan kepentingan rakyat secara menyeluruh dan inklusif.

“Melalui pendekatan MeSRa, saya yakin setiap perancangan dan pelaksanaan dasar dirangka secara lebih tersusun dan holistik, merangkumi pembangunan ekonomi, kebajikan rakyat, pendidikan, pelaburan, infrastruktur, peningkatan kualiti hidup serta pemerkasaan komuniti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Istiadat Penganugerahan Darjah, Tauliah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka 2026 sempena Sambutan Rasmi Hari Jadi Ke-77 Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam di Balai Istiadat Seri Negeri, di sini, hari ini.

Selain itu Tun Dr. Mohd Ali turut memuji Kerajaan Negeri atas pelaksanaan inisiatif mendekati rakyat menerusi Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR), Hari Exco Bersama Rakyat (HEBAT) dan terkini Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat.

Menurut beliau, inisiatif dilaksanakan adalah cerminan kepada komitmen berterusan kepimpinan negeri untuk turun padang dan mendakati denyut nadi rakyat dengan penuh keprihatinan.

“Ia juga menjadi wadah penting dalam mengenal pasti isu serta aduan peringkat akar umbi selain mempercepatkan tindakan penyelesaian secara berkesan dan berfokus.

“Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ketua Menteri, barisan Exco, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), pemimpin masyarakat, seluruh jabatan, agensi kerajaan negeri serta persekutuan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berganding bahu menjayakan inisiatif ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

386
Kongsi :
Previous post ZIANA ZAIN BERSEMANGAT TERUS HARUMKAN NAMA MELAKA
Next post KAMPUNG DIGITAL MELAKA SELESAI, 82,000 KEDIAMAN DAN PREMIS TERIMA ALAMAT BAHARU