SUK TINJAU PERSIAPAN HARI KEBANGSAAN DI KLEBANG

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

KLEBANG 28 Ogos – Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Datuk Wira Salhah Salleh meninjau persiapan akhir Sambutan Hari Kebangsaan 2026 Peringkat Negeri Melaka di Dataran 1Malaysia Klebang, di sini, hari ini.

Tinjauan itu bagi memastikan keseluruhan persiapan membabitkan peserta, petugas dan pengisian program berada pada tahap baik menjelang acara kemuncak sambutan pada 31 Ogos ini.

Salhah berkata, pelaksanaan pra-raptai yang dijalankan itu berjalan lancar hasil komitmen semua peserta dan petugas yang terlibat dalam menjayakan sambutan berkenaan.

“Alhamdulillah, pra-raptai yang kita jalankan telah selesai dengan baik. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua.

“Pesanan saya supaya semua peserta jaga kesihatan, minum air yang banyak kerana ini adalah sumbangan kita semua kepada negeri ini,” katanya dalam ucapan ringkas sempena sesi lawatan dan tinjauan itu.

Menurut Salhah, penglibatan peserta dan petugas dalam setiap sesi raptai merupakan sebahagian daripada persiapan penting bagi memastikan sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri dapat berlangsung dengan lancar dan teratur.

Katanya, semua pihak perlu mengekalkan momentum persiapan sehingga sesi akhir raptai bagi memastikan setiap pengisian dapat dilaksanakan mengikut perancangan.

“Insya-Allah, kita akan bertemu lagi sesi akhir raptai pada 29 Ogos 2026 dan semoga semuanya dipermudahkan,” katanya.

Sambutan Hari Kebangsaan 2026 Peringkat Negeri Melaka dijadual berlangsung di Dataran Klebang pada 31 Ogos ini, dengan pelbagai pengisian termasuk Perbarisan dan Perarakan Kontinjen, selain pertunjukan dan persembahan menarik untuk pengunjung.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

663
Kongsi :
Previous post KING KING PULANG KE ‘RUMAH’ DI ZOO MELAKA
Next post LIMA KAPAL PERANG TLDM DIBUKA UNTUK LAWATAN, EMPAT SESI BERMULA ESOK