JENTERA DUN PASTIKAN GOLONGAN SASAR TIDAK TERCICIR

Masa Membaca:1 Minit, 13 Saat

TABOH NANING 2 September – Kesepakatan antara Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan jentera setempat di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) menjadi mekanisme penting dalam memastikan rakyat memerlukan tidak terlepas daripada perhatian kerajaan.

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri Datuk Kalsom Noordin berkata, jaringan berkenaan membantu menyalurkan maklumat mengenai rakyat memerlukan perhatian untuk tindakan lanjut bersama agensi berkaitan.

Katanya, pendekatan itu membolehkan sebarang permasalahan kebajikan yang dikenal pasti di peringkat akar umbi disampaikan kepada Adun mengikut DUN masing-masing untuk tindakan sewajarnya.

“Saya tidak nampak ada mana-mana golongan sasar yang terlepas pandang. Kalau ada pun, kita serahkan kepada Adun kawasan dan mereka akan menjalankan tugas dengan sebaik mungkin,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini pada Program Ziarah Kasih sempena Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Taboh Naning di Kampung Padang Melekek Luar, di sini, semalam.

Hadir sama Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri merangkap Adun Taboh Naning Datuk Zulkiflee Mohd Zin dan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Melaka Halyjah Muhamad.

Kalsom berkata, peranan jentera setempat amat penting kerana mereka lebih dekat dengan masyarakat dan mengetahui keadaan penduduk di kawasan masing-masing.

“Maklumat yang diterima akan membolehkan wakil rakyat mengambil tindakan dengan mendapatkan kerjasama agensi berkaitan bagi memastikan bantuan yang bersesuaian dapat disalurkan.

“Pendekatan ini turut membuktikan kepentingan kerjasama antara wakil rakyat, jentera setempat dan agensi kerajaan dalam memperkukuh penyampaian perkhidmatan kebajikan kepada rakyat,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

479
Kongsi :
Previous post WRUR TABOH NANING: KERAJAAN NEGERI KOMITED SEGERAKAN PEMBINAAN KLINIK KESIHATAN BAHARU DI SIMPANG AMPAT
Next post MUZIUM JADI ‘BUKU SEJARAH’ KELUARGA