WRUR TABOH NANING: 2 LOKASI KERAP KEMALANGAN DIPASANG ‘SPEED BREAKER’

Masa Membaca:1 Minit, 17 Saat

TABOH NANING 2 September – Dua lokasi yang dikenal pasti kerap berlaku kemalangan di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Taboh Naning kini dipasang bonggol jalan (speed breaker) sebagai langkah meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taboh Naning Datuk Zulkiflee Mohd Zin berkata, lokasi berkenaan membabitkan kawasan Taman Seri Naning dan pekarangan Masjid Sungai Buloh yang menjadi laluan utama pengguna jalan raya.

“Dua lokasi ini adalah laluan utama pengguna jalan raya dan menjadi antara kawasan yang kerap berlaku kemalangan.

“Insya-Allah, dengan adanya speed breaker ini, kita mampu mengurangkan risiko kemalangan atau sekurang-kurangnya membuatkan pemandu lebih berhati-hati apabila melalui kawasan ini,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Beliau berkata demikian selepas Program Penambahbaikan Aspek Keselamatan Jalan Raya Bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) di Kampung Sungai Buloh, di sini, hari ini.

Zulkiflee yang juga Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri berkata, penambahbaikan infrastruktur berkaitan keselamatan jalan raya itu antara program yang dirangka bersempena inisiatif Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Taboh Naning.

Menurut beliau, pelaksanaan pelbagai usaha menerusi inisiatif WRUR membuktikan komitmen Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh untuk terus mengutamakan keselamatan dan kesejahteraan rakyat.

“Terima kasih kepada Ketua Menteri dan Exco Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer, serta JKR yang melaksanakan inisiatif bermanfaat ini di DUN Taboh Naning.

“Usaha seperti ini amat penting bagi memastikan aspek keselamatan dan keselesaan rakyat sentiasa diberi perhatian,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

490
Kongsi :
Previous post WRUR TABOH NANING: KAJIAN DALAMKAN SUNGAI BRISU, IKHTIAR ATASI BANJIR
Next post WRUR TABOH NANING: KERAJAAN NEGERI KOMITED SEGERAKAN PEMBINAAN KLINIK KESIHATAN BAHARU DI SIMPANG AMPAT