USAHA MBMB BERI SINAR HARAPAN BUAT PENDUDUK TAMAN BERTAM PERDANA

Masa Membaca:1 Minit, 54 Saat

KESIDANG 3 September – Selepas lebih 20 tahun berdepan masalah banjir setiap kali hujan lebat, penduduk Taman Bertam Perdana kini menaruh harapan terhadap usaha berterusan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menaik taraf sistem perparitan di kawasan berkenaan.

Penduduk, Simon See, 66, berkata, langkah menaik taraf sistem perparitan secara berfasa itu diharap mampu menjadi penyelesaian jangka panjang terutama bagi mengatasi masalah banjir yang kerap berlaku di Jalan BP14 dan Jalan BP18.

“Sebelum ini MBMB memang ada melakukan pelebaran longkang, tetapi kapasiti sedia ada masih tidak dapat menampung aliran air terutama ketika hujan lebat menyebabkan banjir berulang.

“Saya harap usaha menaik taraf sistem perparitan secara berfasa yang dilaksanakan MBMB ini dapat mengakhiri masalah banjir yang menghantui kami sejak sekian lama,” katanya ketika ditemui di Taman Bertam Perdana, pada Rabu.

WhatsApp Image 2026 09 02 at 3.57.57 PM
SIMON SEE

Warga emas ini juga memuji dan amat menghargai usaha MBMB yang kerap turun padang untuk meninjau sendiri kesan akibat banjir selain mendapatkan maklum balas daripada penduduk.

“Terima kasih kepada MBMB kerana komited cuba dalam menyelesaikan masalah banjir di Taman Bertam Perdana ini,” katanya.

Sementara itu seorang lagi penduduk, Datin Nik Zulhasra Mohd Zain berkata, masalah banjir bermula sejak dia mula tinggal di taman berkenaan lebih 20 tahun lalu.

“Saya tinggal di sini sudah 23 tahun dan boleh katakan setiap kali hujan lebat, pastinya kami tidak dapat tidur tidak lena. Jika hujan lebat berlaku antara jam 6 hingga tujuh pagi pastinya akan berlaku banjir kerana itu adalah waktu air pasang besar,” katanya.

Menurutnya, tindakan berperingkat yang dilaksanakan MBMB diharap dapat membantu menyelesaikan masalah banjir di kawasan perumahan itu demi keselesaan dan keselamatan penduduk.

“Saya harap dengan tindakan demi tindakan dan usaha yang dilakukan MBMB, masalah banjir di kawasan perumahan ini dapat ditangani sebaiknya,” katanya.

Terdahulu, dalam menangani masalah banjir di kawasan perumahan itu, MBMB telah melaksanakan usaha menaik taraf sistem perparitan berikutan longkang sedia ada didapati tidak mampu menampung kapasiti air terutama ketika hujan lebat.

Kerja berkenaan membabitkan menaik taraf parit sedia ada kepada saiz 1,200 milimeter daripada jenis ‘U-drain’ selain membina ‘crossing box culvert’ dan takungan pengumpulan air.

Penambahbaikan berkenaan dijangka membantu meningkatkan keupayaan sistem perparitan menyalurkan air dengan lebih lancar, sekali gus mengurangkan risiko limpahan air dan banjir di kawasan terbabit.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

665
Kongsi :
Previous post WRUR TABOH NANING: BINA TEMBOK KURANGKAN RISIKO BANJIR MASJID DAHARIYAH
Next post NAIK TARAF LALUAN KE PLAZA TOL SIMPANG AMPAT DIJANGKA SIAP AWAL 2028