‘RIDER’ P-HAILING BANGGA DAPAT KETUA MENTERI SEPERTI TOK RAUF

Masa Membaca:59 Saat

AYER KEROH 5 September – Keprihatinan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh terhadap komuniti p-hailing memberi makna besar kepada komuniti berkenaan di Melaka, yang menyifatkan pendekatan kepimpinan beliau sebagai dekat dengan rakyat.

Bagi Helmi Hafiz Halim Faisal, 45, dari Pekan Alor Gajah, penganjuran himpunan p-hailing sempena Karnival Anak Muda Negeri Melaka 2026 membuktikan penggiat ekonomi gig juga turut dihargai dan diiktiraf peranan dalam agenda pembangunan negeri.

Malah, ujar beliau, Ketua Menteri sendiri turut menganggap komuniti berkenaan seperti sahabat, sekali gus membuatkan mereka berasa terharu dan dihargai atas sumbangan dalam membantu memudahkan urusan rakyat serta menggerakkan ekonomi digital negeri.

“Terima kasih kepada Ketua Menteri, Tok Rauf. Beliau membuktikan kepimpinannya memang dekat dengan rakyat. Kami bangga dapat pemimpin seperti ini,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Lebih istimewa, Helmi turut menerima rezeki tidak disangka-sangka apabila memenangi topi keledar eksklusif edisi terhad menerusi cabutan bertuah yang diadakan sempena karnival berkenaan.

“Alhamdulillah dapat hadiah yang cukup istimewa. Memang terkejut dan saya rasa sampai tak boleh tidur lena.

“Insya-Allah hadiah ini akan saya simpan di dalam almari kerana ia merupakan antara hadiah paling bermakna dalam hidup saya,” ujarnya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

360
Kongsi :
Previous post WRUR MELABUHKAN TIRAI, TETAPI KHIDMAT KEPADA RAKYAT TIDAK BERNOKTAH
Next post WRUR MEDAN RAIKAN SEMUA WARGA DUN TABOH NANING