HIMPUNAN BERMOTOR ERAT HUBUNGAN ORANG MUDA MELAKA 

Masa Membaca:1 Minit, 27 Saat

KESIDANG 7 September – Himpunan Bermotor Anak Muda Negeri Melaka dilihat bukan sekadar menghimpunkan komuniti permotoran, sebaliknya menjadi platform memperkukuh hubungan dalam kalangan golongan muda di negeri ini.

Peserta himpunan Ashwad Abd Rahim berkata, program berkenaan menjadi ruang kepada golongan muda untuk mengeratkan hubungan dan membina jaringan persahabatan.

Katanya, penganjuran sedemikian menunjukkan golongan muda terus mendapat perhatian Kerajaan Negeri khususnya apabila diberi peluang untuk turut serta dalam pelbagai program diadakan.

“Program ini amat baik kerana menunjukkan Kerajaan Negeri khususnya memberi perhatian kepada golongan muda.

“Ia bukan sekadar program permotoran sebaliknya golongan muda dapat berkumpul serta memperkukuhkan hubungan antara satu sama lain,” katanya ketika ditemui pada Himpunan Bermotor Anak Muda Negeri Melaka di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) Batu Berendam, pada Ahad

Katanya, pemberian topi keledar eksklusif s kepada peserta pula merupakan satu bentuk penghargaan dan tanda ingatan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh kepada rakyat.

Sementara itu seorang lagi peserta, Nurul Nazriena Jasman, berkata, program yang diadakan menunjukkan tiada golongan yang tertinggal dalam sebarang program diadakan.

“Usaha dilakukan Kerajaan Negeri ini amat baik apabila rakyat dapat bersama-sama dengan Ketua Menteri dalam program diadakan.

“Sebagai anak muda saya hargai keprihatinan Kerajaan Negeri ini malah kesudian Ketua Menteri memberi topi kaledar percuma juga merupakan cetusan idea yang menarik,” katanya.

Terdahulu, bersempena himpunan itu kira-kira 1,000 motosikal menyertai konvoi bersama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama D.r Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Turut bersama-sama Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais; Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri Datuk Fairul Nizam Roslan; barisan Exco dan Timbalan Exco serta lain-lain kenamaan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

509
Kongsi :
Previous post ‘MAT MOTOR BUKAN MAT REMPIT’ KETENGAH SISI POSITIF DUNIA PERMOTORAN
Next post 20 TAHUN MENANTI, SRA JAIM SUNGAI UDANG AKHIRNYA JADI KENYATAAN