1,000 KAMPIT BERAS DIAGIHKAN SEMPENA JELAJAH KETUA MENTERI SAYANG RAKYAT DUN SUNGAI UDANG

Masa Membaca:1 Minit, 24 Saat

SUNGAI UDANG 7 September – Sebanyak 1,000 kampit beras sumbangan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh diagihkan kepada orang ramai bersempena Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang, hari ini.

Penyelaras DUN Sungai Udang Datuk Rais Yasin berkata, sumbangan beras tersebut adalah antara bentuk keprihatinan Kerajaan Negeri dalam membantu meringankan beban rakyat.

Rais yang juga Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri berkata, beras berkenaan diagihkan kepada orang ramai yang hadir memeriahkan Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat.

“Terima kasih kepada Ketua Menteri yang sudi menyumbang 1,000 kampit beras kepada penduduk sekitar DUN Sungai Udang dan diharapkan dengan sumbangan tersebut dapat meringankan beban penerima,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas mengiringi Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh pada Siri Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat DUN Sungai Udang di Taman Desa Bertam, di sini, hari ini.

Hadir sama, Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri merangkap Penyelaras Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat Datuk Fairul Nizam Roslan; Pegawai Kewangan Negeri Melaka Datuk Md Azhan Samat serta lain-lain kenamaan.

Mengulas lanjut, Rais turut merakamkan penghargaan kepada Ketua Menteri kerana meluangkan masa bersama warga DUN Sungai Udang meskipun mempunyai jadual kerja yang padat.

“Program Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat ini memberi ruang kepada pentadbiran Kerajaan Negeri turun padang dan mendengar sendiri isu, keluh kesah serta keperluan rakyat di peringkat akar umbi,” katanya.

AB Rauf ketika menyerahkan sijil Penerima Program Pembasmian Kemiskinan Bandar dan kampit beras kepada penduduk sekitar DUN Sungai Udang sempena Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat DUN Sungai Udang. FotoΒ Amin Jenal/ Pusat Sumber

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

339
Kongsi :
Previous post MBMB, PAHLAWAN BUMI MELAKA HIJAUKAN PANTAI KAMPUNG HAILAMΒ 
Next post WRUR AYER LIMAU: MPAG GANTI SISTEM PENDAWAIAN ELEKTRIK DUA RUMAH BERUSIA LEBIH 40 TAHUN