WRUR AYER LIMAU: MPAG GANTI SISTEM PENDAWAIAN ELEKTRIK DUA RUMAH BERUSIA LEBIH 40 TAHUN

Masa Membaca:1 Minit, 24 Saat

AYER LIMAU 7 September – Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) antara agensi utama yang turun padang menyantuni rakyat sedang menghadapi kesukaran setiap kali berlangsung penganjuran Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) di Dewan Undangan Negeri (DUN) terletak dalam kawasan pentadbirannya.

Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Zulkiflee Mohd Zin berkata, fungsi MPAG sebagai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bukan sekadar menyediakan kemudahan fizikal tetapi turut memainkan peranan penting dalam meningkatkan tahap kualiti kehidupan rakyat.

Katanya, bagi penganjuran WRUR DUN Ayer Limau keprihatinan PBT itu terhadap rakyat kurang mampu diterjemahkan menerusi Program Masyarakat Di Hati MPAG 2026 di Telok Berembang dan Ramuan China Kechil.

“Menerusi program ini warga kerja MPAG turun padang bergotong-royong membersihkan halaman kediaman dan melakukan kerja-kerja pendawaian baharu di rumah penerima bantuan, aspek ini amat penting bagi menjamin keselamatan penghuni berikutan usia kediaman yang sudah lebih 40 tahun selain dalam keadaan agak uzur.

“Selain itu MPAG turut menyampaikan sumbangan kit makanan dan tunai kepada 12 penerima dalam kalangan mereka kurang mampu sekitar DUN Ayer Limau,” katanya ketika ditemui selepas Program Masyarakat Di Hati MPAG 2026 di Telok Berembang, di sini, hari ini.

Hadir sama Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Limau Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer, Setiausaha MPAG Radzyma Mahat dan warga kerja MPAG.

Mengulas lanjut Zulkiflee berkata, kerjasama dan kesepakatan antara PBT, Adun serta pemimpin komuniti amat penting dalam memastikan rakyat menikmati segala kemudahan yang mengikut keperluan mereka.

“Contoh bagi melaksanakan pembangunan baharu kesepakatan antara semua pihak dan PBT amat penting agar apa yang dijalankan memberikan faedah kepada semua,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

323
Kongsi :
Previous post 1,000 KAMPIT BERAS DIAGIHKAN SEMPENA JELAJAH KETUA MENTERI SAYANG RAKYAT DUN SUNGAI UDANG
Next post MPAG SENTIASA DI HATI ORANG AYER LIMAU