MPAG SENTIASA DI HATI ORANG AYER LIMAU

Masa Membaca:1 Minit, 26 Saat

AYER LIMAU 7 September – Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Limau, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer memuji peranan besar dimainkan oleh Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) dalam menyokong pembangunan infrastruktur yang memberikan keselesaan kepada penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan.

Katanya, warga MPAG juga amat prihatin dan sentiasa turun padang bersama pemimpin termasuk pada penganjuran Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Ayer Limau yang sedang berlangsung ketika ini.

Katanya, sepanjang beliau menggalas tanggungjawab sebagai Adun Ayer Limau, MPAG amat proaktif dan tidak pernah gagal dalam membantu menyediakan keperluan penduduk DUN itu.

“MPAG tampil membantu tanpa mengira tempat dan masa termasuk ketika ada dalam kalangan penduduk yang diuji dengan musibah banjir, bayangkan jika bagi tempoh setahun sahaja MPAG tidak melaksanakan peranannya, sudah pasti kita berdepan pelbagai kesulitan.

“Alhamdulillah pada tahun lalu juga MPAG membina tiga dewan baharu ini tidak termasuk pelbagai lagi pembangunan infrastruktur yang lain seperti sistem perparitan bagi mengatasi isu banjir di Taman Seri Aman dan turapan jalan sekitar DUN ini,” katanya.

Hameed yang juga Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri berkata demikian ketika berucap pada Majlis Program Masyarakat Di Hati MPAG 2026 di Telok Berembang, di sini, hari ini.

Hadir sama Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Zulkiflee Mohd Zin, Setiausaha MPAG Radzyma Mahat serta warga kerja MPAG.

Menurutnya, bagi perancangan akan datang beliau akan mengadakan perbincangan bersama MPAG bagi menstruktur semula peniaga di Pekan Lubok bagi termasuk yang tidak berlesen selain melancarkan aliran trafik di lokasi berkenaan.

“Kita akan lihat kesesuaian pelaksanaan inisitif seperti ‘car free zone’ semua ini bagi memastikan kedudukan peniaga lebih tersusun dan mengelakkan kesesakan di kawasan perniagaan itu,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

316
Kongsi :
Previous post WRUR AYER LIMAU: MPAG GANTI SISTEM PENDAWAIAN ELEKTRIK DUA RUMAH BERUSIA LEBIH 40 TAHUN
Next post TOK RAUF DEKATI VETERAN, SUMBANG RM3,000 BANTU GERAK KERJA PERSATUAN