‘TERIMA KASIH TOK HAMEED SENTIASA BANTU RAKYAT’

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

AYER LIMAU 10 September – Hanya rasa syukur dapat dipanjangkan golongan kurang bernasib baik dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau apabila nasib mereka mendapat perhatian wakil rakyat dan bakal menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Melaka.

Nor Wardah Elyna Samsudin, 30, seorang daripada penerima bantuan meluahkan rasa syukur apabila permohonanya diluluskan dan berita gembira itu disampaikan sendiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Limau Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer.

Katanya, bantuan itu amat bermakna baginya yang kini menanggung dua anak sedang bersekolah masing-masing berusia sembilan dan tujuh tahun.

“Ketika ini saya hanya mengharapkan upah membantu ayah berniaga, bayaran tidak besar dan agak terhad untuk menampung perbelanjaan kami tiga beranak.

“Hanya terima kasih saya mampu ucapkan kepada YB kerana membantu mempermudahkan semua urusan, tidak dilupakan pihak JKM yang memberikan kelulusan,” katanya.

Dia berkata demikian ketika ditemui selepas menerima kunjungan Ziarah Kasih Adun Ayer Limau bersama JKM Sempena Program WRUR Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau di kediamannya di Bukit Apit, semalam.

IMG 20260909 WA0018
SALMAH BAHAROM.

Sementara itu, seorang lagi penerima yang juga warga emas Salmah Baharom, 80, berkata, kelulusan bantuan diterimanya sedikit sebanyak dapat meringankan beban perbelanjaan hariannya.

“Saya juga tidak sangka Datuk Hameed sendiri turun menyantuni dan menyampaikan berita gembira ini sekurang-kurangnya masih ada yang ambil berat dan cakna.

“Malah saya turut berterima kasih kerana diajuga turut membantu untuk dapatkan baik pulih rumah memandangkan keadaan bumbung sudah bocor,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

958
Kongsi :
Previous post WRUR AYER LIMAU: 3 SEKOLAH, 3 CARA BENTUK GENERASI MASA DEPAN
Next post WRUR AYER LIMAU: SISA DAPUR JADI BAJA, SURI RUMAH JIMAT BELANJA