PELBAGAI AKTIVITI MENARIK PASTIKAN MENARA TAMING SARI MERIAH SAMPAI HUJUNG TAHUN

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

TELOK MAS 19 Oktober – Melaka Taming Sari Berhad (MTSB) merancang beberapa program sampingan bagi mempelbagaikan tarikan aktiviti pelancongan di Menara Taming Sari menjelang hujung tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MTSB, Nur Azan Hassan berkata, perancangan itu meliputi beberapa acara pocket event (program kecil) selain meneruskan Program Bila Larut Malam yang diadakan pada Sabtu minggu pertama setiap bulan.

“Kita mahu memastikan aktiviti dirancang dapat menyokong momentum industri pelancongan negeri, selain memberi ruang kepada pengunjung menikmati pengalaman berbeza apabila berkunjung ke Menara Taming Sari,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini selepas Program Mengedarkan Pelitup Muka Sempena Musim Jerebu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Telok Mas, di sini, pada Jumaat.

Hadir sama Pengurus Jualan dan Pemasaran MTSB, Mohd Husni Husin dan Pengetua SMK Telok Mas, Zulkifli Mad Daud.

Beliau berkata, pihaknya turut menjalin kerjasama dengan Persatuan Pelancongan Negeri Melaka (MTA) bagi penganjuran MTA Kaki Race 2026.

“Untuk program ini kita terpaksa tangguhkan dahulu sebab tarikh acara sepatutnya bulan depan, tetapi kita memberi ruang kepada rakyat Melaka untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi sempena Pilihan Raya Negeri (PRN).

“Bagi tarikh baharu program, kita akan berbincang dengan pihak penganjur kerana MTSB bertindak sebagai lokasi program, manakala keputusan berhubung tarikh pelaksanaan akan ditentukan oleh pihak penganjur,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

655
Kongsi :
Previous post ‘HALAL COTTAGE’ BANTU USAHAWAN MUALAF MELAKA TEMBUS PASARAN LEBIH LUAS
Next post MPAG SEDIA KIOS LAYAN DIRI, PERLUAS TRANSAKSI TANPA TUNAI