RIDER MASJID TANAH BAKAL NIKMATI PENJIMATAN ‘SERVIS’ MOTOSIKAL LEBIH 50 PERATUS

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

TANJUNG BIDARA 16 Oktober – Lebih 600 penunggang e-hailing dan p-hailing dalam Parlimen Masjid Tanah bakal menikmati penjimatan kos penyelenggaraan motosikal melebihi 50 peratus menerusi inisiatif yang diluluskan Kerajaan Negeri.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, inisiatif itu dirangka bagi membantu meringankan beban kos operasi petugas p-hailing yang bergantung kepada motosikal untuk menjana pendapatan harian.

Katanya, Kerajaan Negeri sudah meluluskan peruntukan bagi membantu penyelenggaraan motosikal golongan tersebut, manakala kaedah pelaksanaannya akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

β€œUsaha ini akan dilaksanakan menerusi kerjasama dengan sebuah syarikat yang menawarkan minyak hitam berkualiti pada harga bersubsidi.

β€œKalau kos penyelenggaraan yang biasa dibuat, mereka akan dapat jimat lebih 50 peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Sembang Santai Geng E-Hailing dan P-Hailing Bersama Tok Rauf Parlimen Masjid Tanah di Villa D’ Acqua, Kampung Pulau, Masjid Tanah, di sini, malam tadi.

Mengulas lanjut, Ab Rauf berkata, inisiatif itu mencerminkan usaha Kerajaan Negeri memahami keperluan golongan berkenaan, termasuk mengenal pasti bentuk bantuan yang dapat meringankan perbelanjaan harian mereka.

β€œMotosikal bukan sekadar kenderaan bagi petugas p-hailing, sebaliknya menjadi antara aset utama untuk memastikan mereka dapat meneruskan pekerjaan dan menyara keluarga.

β€œJus teru, saya berharap inisiatif seumpama ini dapat membantu petugas p-hailing mengurus kos penyelenggaraan dengan lebih baik, sekali gus menyokong kelangsungan sumber pendapatan mereka,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

388
Kongsi :
Previous post PRN MELAKA: SENARAI CALON BN SUDAH LENGKAP, AKAN DIUMUMKAN BILA-BILA MASA – AB RAUF
Next post TOK RAUF MAHU RIDER MELAKA DILINDUNGI CARUMAN PERKESO