TOK RAUF MAHU RIDER MELAKA DILINDUNGI CARUMAN PERKESO

Masa Membaca:1 Minit, 11 Saat

TANJUNG BIDARA 16 Oktober – Usaha memastikan pekerja gig seperti penunggang e-hailing dan p-hailing dilindungi menerusi caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) terus diberi perhatian Kerajaan Negeri.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, perkara itu menjadi antara komitmen akan diusahakan hasil pertemuan dan pendekatan turun padang bersama komuniti p-hailing.

“Menerusi pendekatan turun padang kita memahami keperluan serta cabaran golongan berkenaan. Alhamdulillah, baru-baru ini, menerusi usaha digerakkan, beberapa pekerja p-hailing akan mendapat caruman PERKESO yang dirancangkan.

ā€œKita (Kerajaan Negeri) akan cuba untuk memastikan bahawa semua pekerja p-hailing ini mendapat sokongan dan dilindungi caruman PERKESO,ā€ katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap Program Sembang Santai Geng e-Hailing dan p-Hailing Bersama Tok Rauf Parlimen Masjid Tanah di Villa D’ Acqua, Kampung Pulau, Masjid Tanah, di sini, malam tadi.

Mengulas lanjut, Ab Rauf berkata, sumbangan pekerja gig amat penting dalam memenuhi keperluan harian masyarakat.

Menurutnya, pekerjaan itu juga menjadi sumber rezeki halal bagi menyara keluarga, justeru kebajikan serta perlindungan sosial mereka perlu diberikan perhatian sewajarnya.

ā€œWalaupun kita kecil, tetapi kita sangat berbeza. Walaupun kita tidak kuat, tetapi kalau kita rapat, bersama kita lebih kuat,ā€ katanya.

Ab Rauf berkata, Kerajaan Negeri akan terus berusaha menjalinkan kerjasama dengan agensi berkaitan bagi mengenal pasti ruang bantuan yang boleh dimanfaatkan komuniti p-hailing, selaras dengan aspirasi Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) dan membangunkan Melaka yang lebih maju dan sejahtera.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1031
Kongsi :
Previous post RIDER MASJID TANAH BAKAL NIKMATI PENJIMATAN ‘SERVIS’ MOTOSIKAL LEBIH 50 PERATUS