PENJAGA ARTIFAK, WARISAN MELAKA JUGA PERLU SIHAT DAN CERGAS

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

BANDA HILIR 21 Oktober – Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) tidak mahu ketinggalan untuk memupuk amalan budaya hidup sihat dalam kalangan warga kerjanya.

Pengurus Besar PERZIM Erne Hamsah berkata, sehubungan itu pihaknya menganjurkan Melaka Museum Fun Walk 2026 yang disertai 111 kakitangannnya di Muzium Rakyat, di sini, pada Selasa.

Katanya, sebalik tanggungjawab menjaga artifak dan warisan negara setiap kakitangan PERZIM perlu memastikan semua kakitangan sentiasa berada dalam keadaan cergas serta sihat untuk bertugas.

“Menerusi program ini kita dapat mewujudkan suasana kerja yang lebih sihat malah kakitangan juga lebih cergas, bersenam membantu mengurangkan tekanan yang boleh disebabkan pelbagai faktor.

“Akibat keadaan semasa yang berjerebu kami melaksanakan aktiviti senamrobik di kawasan tertutup di Muzium Rakyat sebagai langkah berjaga-jaga,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

WhatsApp Image 2026 10 20 at 1.19.11 PM
ERNE (depan kiri) semasa menyertai program tersebut. Foto Facebook Muzium dan Galeri Melaka

Program itu dianjurkan bersama Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) PERZIM serta Kelab Sukan dan Kebajikan PERZIM.

Erne turut menyertai aktiviti berkenaan bersama kakitangan lain sebagai sebahagian usaha menggalakkan penglibatan warga kerja dalam aktiviti yang menyokong kesejahteraan dan keharmonian organisasi.

“Semua muzium di bawah seliaan PERZIM ditutup sepanjang program berlangsung bagi membolehkan semua kakitangan terlibat menjayakan aktiviti ini.

“Setiap peserta turut menerima medal sebagai penghargaan atas penyertaan mereka” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

258
Kongsi :
Previous post MENARA TAMING SARI LEBIH MERIAH BILA ADA ZON BEBAS KENDERAAN