TOK AJAK RANCAKKAN PEMBANGUNAN SUKAN TELOK MAS

Masa Membaca:1 Minit, 30 Saat

TELOK MAS 24 Oktober – Prihatin terhadap keperluan belia sekitar Padang Temu, penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman melaksanakan inisiatif menaik taraf gelanggang futsal di kawasan itu.

Abdul Razak berkata, kemudahan sukan itu sebelum ini dalam keadaan uzur dinaik taraf menggunakan peruntukan berjumlah RM50,000.

“Kerja baik pulih fasa pertama melibatkan gelanggang futsal dan pagar, sementara itu fasa kedua pula membaiki lampu limpah, tandas serta kemudahan riadah sekitar.

“Peruntukan bagi membaik pulih gelanggang futsal ini disediakan Pejabat Daerah Melaka Tengah dengan penyelarasan oleh Japerun Telok Mas dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Padang Temu.

“Gelanggang ini dibuka untuk kegunaan belia dan diharap dapat dimanfaatkan sepenuhnya bagi menggalakkan penglibatan dalam aktiviti sukan, sekali gus menghidupkan kegiatan riadah dalam komuniti,” katanya.

WhatsApp Image 2026 10 23 at 3.49.05 PM
GELANGGANG futsal yang dibaik pulih bagi kegunaan anak-anak di DUN Telok Mas. Foto Facebook Abdul Razak Abdul Rahman

Beliau yang juga Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri berkata, sepanjang lima tahun lalu pelbagai projek bina baharu dan baik pulih kemudahan sukan sudah dilaksakan sekitar DUN Telok Mas.

Menurutnya, antara projek bina baharu dilaksanakan adalah padang futsal berbumbung menerusi kerjasama Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) di Kampung Alai dan tiga gelanggang sepak takraw masing-masing di Kampung Bukit Larang, Tambak Sebelong dan Kampung Bukit Kechil.

“Kerja baik pulih pula membabitkan gelanggang sepak takraw di Telok Mas, Permatang Pasir dan Bukit Punggor, gelanggang futsal fasa lima dan fasa satu Taman Seri Telok Mas, gelanggang futsal Kampung Bukit Meta serta Dewan Terbuka Taman Bukit Larang Indah.

“Semua usaha ini adalah komitmen berterusan dalam menambah baik prasarana sukan setempat supaya lebih ramai penduduk, khususnya golongan belia, mempunyai kemudahan sesuai untuk beriadah dan menjalankan aktiviti sukan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

541
Kongsi :
Previous post 39 PERSIMPANGAN MELAKA DILENGKAPI LAMPU ISYARAT PINTAR
Next post PRN MELAKA: BN KEKAL PADA JANJI, 7 KERUSI UNTUK PN