PANTAI KUNDOR ANTARA KERUSI TUMPUAN PRN MELAKA KE-16

Masa Membaca:1 Minit, 23 Saat

PANTAI KUNDOR 23 Oktober – Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Kundor antara kerusi tumpuan dalam persaingan antara parti politik pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, berikutan itu BN memperkemas persiapan jentera bagi memastikan gerak kerja menghadapi pilihan raya berjalan lancar.

Katanya, pelancaran bilik gerakan pilihan raya DUN Pantai Kundor di Puteri Qashrina Chalet antara langkah memperkukuh kesiapsiagaan jentera BN dalam menghadapi persaingan yang bakal berlangsung.

“Pengaktifan bilik gerakan ini penting bagi menyelaras gerak kerja jentera selain memastikan setiap strategi yang dirancang dapat dilaksanakan secara teratur dan tersusun.

“Persiapan rapi perlu diberikan perhatian bagi memastikan semua jentera peringkat DUN dapat bergerak secara terselaras sepanjang tempoh menghadapi PRN.

“Setiap anggota jentera juga perlu memahami peranan dan tanggungjawab masing-masing bagi memastikan perancangan parti dapat diterjemahkan menerusi gerak kerja yang berkesan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Jentera BN DUN Pantai Kundor, di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi BN Parlimen Tangga Batu Datuk Rais Yasin; Pengerusi MCA Melaka Datuk Wira Lim Ban Hong; Penyandang kerusi DUN Pantai Kundor Datuk Tuminah Kadi @ Mohd Hashim serta kenamaan lain.

Mengulas lanjut, Ab Rauf menegaskan komitmen semua anggota jentera amat penting bagi memastikan segala persiapan dapat dilaksanakan dengan lancar dalam usaha mencapai matlamat parti pada pilihan raya berkenaan.

“Penyelarasan gerak kerja melalui bilik gerakan diharap dapat membantu memastikan jentera BN di DUN Pantai Kundor berada dalam keadaan bersedia untuk menghadapi PRN Melaka Ke-16,” katanya.

PRN Melaka Ke-15 pada 2021 menyaksikan BN menang di DUN Pantai Kundor menerusi Datuk Tuminah Kadi @ Mohd Hashim.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

160
Kongsi :
Previous post UMUM CALON PENTAS BERBEZA, SEMANGAT BN-PAS TETAP UTUH – AB RAUF
Next post ‘BIMBANG DENGAN MUSUH DALAM SELIMUT, BUKAN LAWAN POLITIK’ – AB RAUF