PRN MELAKA: RAIS CALON NOMBOR 3 SUNGAI UDANG

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

SUNGAI UDANG 31 Oktober – Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Rais Yasin menjadi calon nombor tiga bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16.

Nombor itu diperoleh selepas membuat cabutan undi pada penamaan calon DUN Sungai Udang di Pusat Penamaan Calon (PPC) Dewan Serbaguna Akademi Latihan RELA Malaysia (ALARM), di sini, hari ini.

Rais yang juga Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu bakal berdepan saingan dua penjuru lain iaitu calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Mejar (B) Abdullah Mahadi yang mendapat nombor satu dan calon Parti Bersama Malaysia (Bersama), Mohd Ridzuan Abdul Rahman yang memperoleh nombor dua.

Keputusan nombor calon itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Datuk Anis Ali Hassan selepas proses penamaan dan pengundian nombor calon selesai dilaksanakan.

PRN Melaka Ke-16 menyaksikan persaingan tiga penjuru bagi kerusi DUN Sungai Udang yang sebelum ini dimenangi Perikatan Nasional (PN) pada PRN Melaka 2021 menerusi calonnya, Dr. Mohd Aleef Yusof.

Pada PRN lalu, Mohd Aleef memperoleh 6,789 undi dengan majoriti 530 undi, menewaskan calon BN, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad yang mendapat 6,259 undi, calon Pakatan Harapan (PH), Hasmorni Tamby (2,035 undi) dan calon Bebas, Mohd Zahar Hashim (471 undi).

Hari pengundian awal ditetapkan pada 10 November ini, manakala hari pengundian berlangsung pada 14 November.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

338
Kongsi :
Previous post PRN MELAKA: PERTEMBUNGAN SATU LAWAN SATU DI DUN AYER MOLEK
Next post PRN MELAKA: AB RAUF BERDEPAN CABARAN MUKA BAHARU DI TANJUNG BIDARA