PRN MELAKA: DENESH CABAR FAIRUL NIZAM DI ASAHAN

Masa Membaca:58 Saat

ASAHAN 31 Oktober – Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N10 Asahan menyaksikan persaingan dua penjuru selepas dua calon disahkan layak bertanding pada proses penamaan calon di Pusat Penamaan Calon (PPC) Dewan Teknorat ADTEC JTM Kampus Selandar, di sini, hari ini.

Penyandang kerusi berkenaan, Datuk Dr. Fairul Nizam Roslan yang mewakili Barisan Nasional (BN) tiba di PPC kira-kira jam 8.30 pagi dengan diiringi Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Diraja Wan Rosdy Wan Ismail serta penyokong parti.

Ketibaan beliau turut disambut penyokong BN yang membawa bendera dan sepanduk parti, sekali gus memeriahkan suasana sekitar pusat penamaan calon berkenaan.

Turut mengesahkan pencalonan ialah P Denesh daripada Pakatan Harapan (PH), sekali gus menyaksikan kedua-dua calon bakal bersaing mendapatkan mandat pengundi di kawasan berkenaan.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Asahan Luqmannulhakim Mohd Idris mengumumkan senarai calon yang layak bertanding selepas proses semakan dan penelitian kertas penamaan calon selesai dijalankan.

Dengan pengesahan itu, kedua-dua calon mempunyai tempoh berkempen selama 14 hari bagi mendekati pengundi sebelum hari pengundian pada 14 November ini, manakala pengundian awal pula ditetapkan pada 10 November ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

228
Kongsi :
Previous post PRN MELAKA: AHMAD ZAHID CADANG AB RAUF KEKAL KETUA MENTERI JIKA BN BENTUK KERAJAAN
Next post PRN MELAKA: TOK AJAK BERDEPAN SAINGAN TIGA PENJURU DI DUN TELOK MAS