KUALA LINGGI MILIKI POTENSI EKONOMI BESAR – AB RAUF

Masa Membaca:58 Saat

KUALA LINGGI 10 November – Kuala Linggi berpotensi menjadi antara pemacu utama pertumbuhan ekonomi di Parlimen Masjid Tanah menerusi pelaksanaan pelbagai projek pembangunan strategik dan institusi pendidikan tinggi.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ab Rauf Yusoh berkata, Kuala Linggi mempunyai beberapa pemangkin ekonomi berskala besar termasuk loji janakuasa Edra, Kuala Linggi International Port (KLIP) dan Akademi Laut Malaysia (ALAM).

Menurutnya, ALAM dijangka dinaik taraf menjadi kolej universiti, selain kewujudan Universiti Islam Melaka (UNIMEL) dan perancangan memindahkan Politeknik Melaka ke Dewan Undangan Negeri (DUN) itu.

Katanya, perkembangan itu menjadikan Kuala Linggi sebagai kawasan yang mempunyai suntikan ekonomi terbesar dalam Parlimen Masjid Tanah.

“Jadi, saya harap Kuala Linggi akan terus dimajukan dan nikmat pembangunan itu dapat dirasai penduduk-penduduk Kuala Linggi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan Lawatan ke DUN Kuala Linggi di Bilik Gerakan DUN Kuala Linggi, di sini, hari ini.

Hadir sama, calon BN N.01 DUN Kuala Linggi Datuk Rosli Abdullah.

Ab Rauf berkata, pembangunan yang dirancang di kawasan itu diharap dapat memberikan manfaat kepada penduduk setempat selaras dengan potensi Kuala Linggi sebagai kawasan suntikan ekonomi utama di Parlimen Masjid Tanah.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

227
Kongsi :
Previous post HELMY ‘CETUS’ INISIATIF PENGURUSAN JENAZAH PERCUMA
Next post AHMAD ZAHID JUNJUNG KASIH AGONG, MINTA SEMUA HORMATI KEPUTUSAN PENGAMPUNAN NAJIB