AB RAUF SASAR TUNAI JANJI MANIFESTO MENGIKUT MASA DITETAPKAN

Masa Membaca:1 Minit, 18 Saat

SERI NEGERI 17 November – Enam teras dan 113 inisiatif manifesto yang dijanjikan kepada rakyat akan dilaksanakan mengikut tempoh masa ditetapkan, kata Ketua Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ab Rauf Yusoh.

Manifesto Barisan Nasional Sayang Rakyat, Perikatan Nasional Muafakat Melaka bertemakan ‘Membina Masa Depan Melaka, Memakmurkan Negara’ itu melibatkan fasa 100 hari pertama pentadbiran, setahun dan lima tahun.

Ab Rauf berkata, keutamaan beliau kini adalah melaksanakan janji bagi 100 hari pertama dan garis panduan pelaksanaan manifesto untuk tempoh itu juga sudah disediakan supaya dapat ditunaikan mengikut perancangan ditetapkan.

Menurutnya, semua barisan Exco yang bakal dilantik akan menggunakan manifesto berkenaan sebagai panduan dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing.

“Saya mahu memastikan setiap perancangan Kerajaan Negeri dapat diterjemahkan kepada pencapaian sebenar dan bukannya sekadar sasaran yang tidak dapat disempurnakan.

β€œKita sudah membuat garis panduan dan saya yakin selepas ini semua Exco yang dilantik akan menggunakan manifesto ini untuk dilaksanakan. Kita mahu memastikan setiap janji kepada rakyat dapat disempurnakan mengikut apa yang telah dijanjikan dalam manifesto,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melakukan ‘clock-in’ hari pertama tugas rasmi sebagai Ketua Menteri Melaka Ke-13 bagi penggal kedua di Pejabat Ketua Menteri, Kompleks Seri Negeri, di sini, hari ini.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Salhah Salleh; Penasihat Undang-Undang Negeri, Datuk Khairul Azreem Mamat; Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Md Azhan Samat dan Mufti Melaka, Datuk Wira Abdul Halim Tawil.

Ab Rauf berkata, beliau turut mengharapkan kerjasama semua penjawat awam dan agensi kerajaan bagi memastikan agenda pembangunan serta keperluan rakyat dapat diberikan perhatian sewajarnya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

337
Kongsi :
Previous post AB RAUF MAHU WAKIL RAKYAT TURUN PADANG, BUKAN DUDUK DI PEJABAT
Next post PAIP, JALAN DAN SALIRAN JADI KEUTAMAAN 100 HARI RIDZUAN DI BUKIT KATIL