
Skim Sewa Untuk Milik jangka dilancar Jun ini
KUALA LUMPUR 13 Mac – Skim Sewa Untuk Milik (RTO) dijangka akan dilaksanakan pada Jun ini, menurut laporan portal Berita Harian.
Khusus untuk pembeli pertama kediaman Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA), Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraida Kamaruddin, berkata setakat ini perkara itu masih diperhalusi dan dibincangkan dengan institusi kewangan terpilih.

“Kita sedang berbincang dengan pihak Maybank untuk memperhalusi kaedah ini, mekanisme dan seumpamanya.
“Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyasar ia dapat dilaksanakan pada Jun ini,” katanya selepas menghadiri Program Malaysia Prihatin Bersama Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan di Pangsapuri Sri Intan, Lembah Jaya, Ampang, di sini, hari ini.
Yang turut hadir, Pengarah Keselamatan Negeri Selangor, Faizatul Aini Mohd Adnan dan Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Selangor, Ali Suhali.
Zuraida berkata, skim RTO itu akan ditawarkan kepada pembeli rumah projek PR1MA yang sudah diluluskan.
“Ia belum lagi dilaksanakan, satu kerana mekanismenya sebab ia khusus untuk projek PR1MA baharu.
“Satu lagi adalah disebabkan Bank Negara Malaysia (BNM),” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
BANTUAN TEPAT IKUT KEPERLUAN, JADI PENGUAT SEMANGAT PENJAJA KECIL
BEMBAN 13 Ogos - Peniaga kecil, usahawan dan penjaja menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri atas sumbangan peralatan perniagaan sempena Program...
111 PENJAJA, USAHAWAN KECIL DUN BEMBAN TERIMA BANTUAN RM50,000
BEMBAN 13 Ogos - Seramai 111 penjaja dan usahawan kecil dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban menerima bantuan peralatan...
RUMAH BAHARU JADI SIMBOL HARAPAN BUAT AMRAN SEKELUARGA
GADEK 13 Ogos - Bertahun-tahun lamanya, setiap kali hujan lebat Amran Sulaiman, 59, dan isteri resah memikirkan ruang dalam kediaman...
MAIM ADA BUDI BICARA, SEDIA BANTU RAKYAT DALAM KESUSAHAN
AYER MOLEK 13 Ogos - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) mempunyai budi bicara yang tinggi dalam membantu golongan asnaf mahupun...
IKAN BAKAR TELOK MAS JADI FENOMENA
TELOK MAS 13 Ogos - Industri ikan bakar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas terus mencatatkan sambutan luar biasa...
DELEGASI AFRIKA-ASIA JATUH HATI DENGAN MELAKA
MACHAP JAYA 13 Ogos - Keramahan rakyat dan pengalaman melihat sendiri pembangunan komuniti di Melaka menjadi kenangan bermakna buat delegasi...
