
Pengerusi RELA Melaka Tengah rasmi kursus pengenalan RELA
BUKIT BARU 8 April – Seramai 33 anggota baharu Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dari daerah Melaka Tengah telah menjalani Kursus Pengenalan baru-baru ini.
Pengerusi RELA Melaka Tengah, Ong Ah Thye yang juga ahli Bersekutu Rela Kebangsaan, kursus tersebut yang merupakan siri kedua bagi tahun 2021, dijalankan dalam suasana norma baharu dengan mengamalkan SOP yang ketat.
Ah Thye dalam ucapannya menegaskan bahawa semangat kesukarelawan haruslah disematkan dalam sanubari setiap belia negara kerana mereka adalah tonggak kepada pembangunan negara.
“Secara tidak langsung mereka ini akan mengisi dan mencorak masa depan negara kita,” tambah Ah Thye.
Ah Thye turut menyampaikan watikah pelantikan Ketua Platun Rela kepada lapan orang penerima, serta menyampaikan sumbangan berbentuk peralatan untuk aktiviti
gotong-royong kepada pejabat Rela Daerah Melaka Tengah.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MAIM TAMPIL BANTU PESAKIT SINDROM STEVENS-JOHNSON
KOTA LAKSAMANA 2 Oktober - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) tampil membantu seorang pesakit sindrom Stevens-Johnson, Hamdan Hashim, 39, memerlukan...
TOK RAUF TUNAI SOLAT JUMAAT DI MASJID PENGKALAN BALAK YANG BERWAJAH BAHARU
TANJUNG BIDARA 2 Oktober - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Jawahir, Pengkalan...
TANJUNG BIDARA KEMBALI GEMILANG, TERSOHOR
TANJUNG BIDARA 2 Oktober - Usaha mengembalikan kegemilangan Tanjung Bidara sebagai antara destinasi pelancongan terkenal di Melaka terus diperkasakan menerusi...
BERAS MELAKA: DARI SAWAH KE MEJA MAKAN RAKYAT
AYER KEROH 2 Oktober - Dari sawah yang diusahakan pesawah tempatan hingga ke meja makan rakyat, inisiatif Beras Melaka terus...
KES SELEWENG, TIPU PENGGUNA DI MELAKA MENURUN TAHUN INI
AYER KEROH 2 Oktober - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Melaka terus memperkukuh usaha melindungi...
ZIARAH KASIH DUN MACHAP JAYA TIDAK TERHENTI
MACHAP JAYA 2 Oktober - Lebih 800 keluarga telah disantuni penyandang Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya, Datuk Ngwe Hee...
