
PERZIM cadang tukar nama Bukit St Paul
BANDA HILIR 13 Julai – Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) bercadang menukar nama Bukit St. Paul kepada nama lamanya, Bukit Melaka.
Pengurus Besarnya, Mohd Nasruddin Rahman berkata, usul berkenaan dibuat bagi mengembalikan nilai sejarah bukit berkenaan yang pada awalnya milik kerajaan Kesultanan Melayu Melaka.
“Bukit Melaka adalah nama asalnya. Bila penjajah masuk Melaka nama itu ditukar kepada Bukit St. Paul. Jadi, sekarang seolah-olah kita sedang mempromosikan nama gereja yang ada di situ.
“Jadi, kita mahu kembalikan nama itu kepada pemilik asalnya iaitu kerajaan Kesultanan Melayu Melaka,” katanya dalam satu wawancara khas bersama Melaka Hari Ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya kini sedang menyediakan kertas kerja untuk menukar nama berkenaan dan ia akan dibawa ke peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) untuk diluluskan.
“Kita akan bawa ke mesyuarat Exco dan jika mendapat kelulusan kita boleh tukar nama Bukit St. Paul kepada Bukit Melaka. Ia hanya memerlukan kelulusan sebelum nama itu boleh diwartakan.
“Kertas kerja untuk penukaran nama itu sudah disediakan dan kita akan mengusulkannya dalam masa terdekat,” katanya lagi.
Views:
Related


Berita Lain
ANAK FELDA BUKIT SENGGEH BINA EMPAYAR BAS PELANCONG
ASAHAN 1 Mei – Minat berniaga sejak usia remaja menjadi titik tolak kejayaan seorang anak Felda membina empayar pengangkutan dan...
SURI RUMAH UBAH DAUN GETAH JADI HADIAH
ASAHAN 1 Mei – Seorang suri rumah di Kampung Jus berjaya mengubah daun getah menjadi pelbagai produk kraf bunga yang...
KUIH BAKAR JULANG NAMA ‘KAMPUNG KOBOI’
ASAHAN 1 Mei – Bermula daripada kegagalan dalam beberapa bidang perniagaan, anak jati Kampung Selandar kini berjaya mengangkat kuih bakar...
WRUR AYER KEROH: ‘TAK PERLU LAGI TADAH BESEN SETIAP KALI HUJAN’
AYER KEROH 1 Mei - Bantuan baik pulih kediaman daripada Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) memberi makna besar buat...
BERKAIN PELIKAT ‘GELECEK’ BOLA DI PANTAI KLEBANG
KLEBANG 1 Mei - Mengenakan kain pelikat dan bertanjak sambil menggelecek bola mencuri tumpuan pada hari pertama Festival Muzik Air...
2,688 DIDIAGNOSIS AUTISME DI MELAKA
AYER KEROH 1 Mei - Dianggarkan seramai 2,688 individu telah didiagnosis dengan Autisme di Melaka dan daripada jumlah itu, ia...
