
47.8 peratus populasi Malaysia lengkap dua dos vaksin – JKJAV
KUALA LUMPUR 4 Sept – Sebanyak 47.8 peratus atau seramai 15,606,818 daripada keseluruhan populasi di Malaysia telah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19 setakat semalam, menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV).
JKJAV menerusi perkongsian infografik dalam laman Twitter rasminya hari ini memaklumkan setakat semalam juga, seramai 20,261,734 individu atau 62 peratus sudah menerima dos pertama, menjadikan kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini sebanyak 35,841,103 dos.
Berdasarkan perkongsian maklumat itu juga, peratusan populasi dewasa yang menerima kedua-dua dos meningkat kepada 66.7 peratus setakat semalam berbanding 65.9 peratus, pada Khamis.
Sementara itu, vaksinasi harian semalam merekodkan sebanyak 321,349 dos diberikan, iaitu 177,518 merupakan dos kedua dan baki 143,831 adalah dos pertama.
PICK dilancarkan pada 24 Feb lepas bertujuan melaksanakan program vaksinasi bagi membendung pandemik COVID-19 di seluruh negara.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG: SEMAI PERASAAN BANGGA, CINTAKAN NEGARA
AYER KEROH 13 Ogos - Sebanyak 84 Komuniti MADANI seluruh Melaka akan digerakkan bagi menjayakan kempen '1 Rumah 1 Jalur...
BANTUAN TEPAT IKUT KEPERLUAN, JADI PENGUAT SEMANGAT PENJAJA KECIL
BEMBAN 13 Ogos - Peniaga kecil, usahawan dan penjaja menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri atas sumbangan peralatan perniagaan sempena Program...
111 PENJAJA, USAHAWAN KECIL DUN BEMBAN TERIMA BANTUAN RM50,000
BEMBAN 13 Ogos - Seramai 111 penjaja dan usahawan kecil dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban menerima bantuan peralatan...
RUMAH BAHARU JADI SIMBOL HARAPAN BUAT AMRAN SEKELUARGA
GADEK 13 Ogos - Bertahun-tahun lamanya, setiap kali hujan lebat Amran Sulaiman, 59, dan isteri resah memikirkan ruang dalam kediaman...
MAIM ADA BUDI BICARA, SEDIA BANTU RAKYAT DALAM KESUSAHAN
AYER MOLEK 13 Ogos - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) mempunyai budi bicara yang tinggi dalam membantu golongan asnaf mahupun...
IKAN BAKAR TELOK MAS JADI FENOMENA
TELOK MAS 13 Ogos - Industri ikan bakar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas terus mencatatkan sambutan luar biasa...
