
Cukai jalan, lesen memandu, boleh diperbaharui di Pos Malaysia
KUALA LUMPUR 4 Sept – Orang ramai yang ingin memperbaharu Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) boleh berbuat demikian secara jumpa terus di mana-mana cawangan Pos Malaysia di seluruh negara bermula Isnin ini (6 September).
Dalam kenyataan pada Sabtu, Pos Malaysia menjelaskan bagi yang telah membuat janji temu untuk perkhidmatan pembaharuan Jabatan Pengangkutan Jalan boleh memilih untuk meneruskan janji temu tersebut pada tarikh, masa dan lokasi pilihan atau secara jumpa terus di mana-mana cawangan pejabat pos.
“Pelanggan juga boleh memperbaharu insurans kenderaan motor mereka menerusi kaunter pejabat pos atau secara dalam talian melalui laman web dan aplikasi mudah alih,” menurutnya.
Mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menggunakan ‘AskPos’ di laman web www.pos.com.my atau aplikasi mudah alih Pos Malaysia.
Pada Jumaat, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong mengumumkan tempoh moratorium bagi pembaharuan LKM dan LMM dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021.
Beliau berkata, bagaimanapun, pemilik LKM yang telah tamat tempoh sah perlu memastikan kenderaan masing-masing dilindungi insurans sah dan menunjukkan sijil perlindungan insurans bagi tujuan pemeriksaan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MAJORITI MENINGKAT LEBIH LAPAN KALI GANDA, BAN HONG TEKAD BANGUNKAN KLEBANG
SERI NEGERI 15 November - Peningkatan majoriti lebih lapan kali ganda pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 disifatkan Ahli...
TUMINAH TEKAD TIDAK SIA-SIAKAN MANDAT WARGA PANTAI KUNDOR
AYER KEROH 15 November - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Kundor, Datuk Tuminah Kadi bertekad untuk terus memberikan perkhidmatan...
TANGANI BANJIR JADI MISI PERTAMA NADARAJAH DI GADEK
SERI NEGERI 15 November - Masalah banjir yang sekian lama membelenggu penduduk menjadi antara keutamaan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)...
MANDAT BESAR PENGUNDI AYER MOLEK BUAT MOHD RIDHWAN
SERI NEGERI 15 November - Kemenangan dengan majoriti lebih 13,000 pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 menjadi amanah besar...
SUBUH HINGGA TENGAH MALAM, TOK AZMAN TERUS BERKHIDMAT
SERI NEGERI 15 November – Jadual kerja dari awal pagi hingga tengah malam kekal menjadi komitmen Ahli Dewan Undangan Negeri...
‘POGHUT AYER LIMAU’ BAKAL BERKEMBANG, ANAK MUDA DAN PENDIDIKAN JADI FOKUS HAMEED
SERI NEGERI 15 November - Gagasan Poghut Ayer Limau bakal diperkasakan menerusi penambahan komponen baharu bagi memastikan lebih banyak komuniti...
