
Jurujual wanita cedera kereta terbabas
JASIN 2 Okt – Seorang jurujual cedera di bahagian kaki selepas kereta dipandu terbabas ketika hujan lebat dalam kemalangan di Jalan Kemendor – Jasin di sini malam tadi.
Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Mispani Hamdan berkata, siasatan awal mendapati wanita berusia 22 tahun itu dalam perjalanan dari arah Jasin menghala ke Machap.
Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian kenderaan dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke laluan bertentangan.
“Akibat kemalangan itu, mangsa mengalami beberapa kecederaan termasuk terseliuh di bahagian kaki selain luka di tangan dan kaki.
“Pihak bomba memberikan bantuan dengan mengeluarkan mangsa dalam kenderaan terbabit” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata ketika kejadian keadaan cuaca hujan lebat selain permukaan jalan yang licin.
“Mangsa dibawa ke Hospital Jasin untuk menerima rawatan lanjut,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
FELDA HUTAN PERCHA JADI ‘KELAS DESA’ DELEGASI AFRIKA-ASIA
MACHAP JAYA 11 Ogos - Felda Hutan Percha menjadi ‘kelas desa’ kepada 22 peserta dari 18 negara anggota African-Asian Rural...
TIGA KELUARGA DI DUN GADEK TERIMA KEDIAMAN BAHARU
GADEK 11 Ogos - Tiga keluarga di Dewan Undangan Negeri (DUN) Gadek menerima kediaman baharu menerusi bantuan Program Melaka Rumahku...
KES ADIK EAN BUKTI MAIM ADA SAAT DIPERLUKAN
AYER MOLEK 11 Ogos - Ketika keluarga Muhammad Ean Mohd Faris, 3, buntu memikirkan kos pembedahan jantung anak mereka, Majlis...
GELAK TAWA EAN SEMBUNYI DERITA JANTUNG TERBALIK
AYER MOLEK 11 Ogos - Sekali pandang, Muhammad Ean Maleeq Mohd Faris, 3, sama seperti kanak-kanak lain yang lincah dan...
1,000 TAMAN REKREASI MADANI DIBINA MENJELANG 2035
PAYA RUMPUT 11 Ogos - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyasarkan sekurang-kurangnya 1,000 Taman Rekreasi MADANI dibina di seluruh...
POPULARITI MELONJAK, MENARA TAMING SARI DIIKTIRAF TERBAIK DALAM MALAYSIA
AYER KEROH 11 Ogos - Populariti Menara Taming Sari terus mendapat pengiktirafan apabila mercu tanda ikonik pelancongan Melaka itu dinobatkan...
