
‘Saya akan sentiasa datang Melaka’ – Tok Mat
MASJID TANAH 5 Okt. – Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Melaka bakal menjadi negeri yang kerap dikunjunginya.
Ia berikutan Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal diadakan pada bila-bila masa dalam tempoh 60 hari bermula hari ini.
Katanya, kedatangannya itu adalah memastikan kesemua jentera UMNO dan Barisan Nasional bersiap siaga untuk menghadapi segala kemungkinan.
“Saya akan sentiasa datang ke Melaka sehinggalah hari penamaan calon nanti dan kita akan berkempen selama beberapa hari seperti yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya,” katanya ketika ditemui dalam pertemuan dengan Biro Politik Melaka, di sini,Β malam ini.
Dalam pada itu, mengulas mengenai tawaran Perikatan Nasional (PN) yang sudi bekerjasama dengan UMNO dalam PRN, Mohamad berkata, ia terserah kepada keputusan kepimpinan UMNO di Melaka.
Bagaimanapun, katanya, segala cadangan kerjasama itu perlulah mendapat kelulusan kepimpinan pusat.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
DUN AYER LIMAU: AGAMA SUBUR, PERPADUAN MEKAR
AYER LIMAU 30 September - Aspek keagamaan dan kerohanian menjadi antara asas penting dalam memastikan pembangunan masyarakat di Dewan Undangan...
CHIKO JADI ‘GURU’ ZOO MELAKA PERKASA PEMBIAKAN HARIMAU MALAYA
AYER KEROH 30 September - Pengalaman bersama Harimau Malaya jantan, Chiko dalam program pembiakan dalam kandang (MyBIT) kini menjadi 'ilmu'...
WANITA CERIA LUBOK CHINA CIPTA TART NASI LEMAK, KUIH LOPES
AYER LIMAU 30 September - Bermula daripada kebosanan selepas pulang ke kampung, lima wanita di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer...
MPJ BAWA ASPIRASI BANDAR PINTAR JASIN KE PENTAS DUNIA
JASIN 30 September - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) membawa aspirasi pembangunan Jasin Smart City 2035 ke pentas antarabangsa menerusi penyertaan...
TAPEM SALUR RM8 JUTA BANTUAN PENDIDIKAN SETAKAT OGOS
AYER KEROH 30 September - Dianggarkan sebanyak RM8 juta daripada RM12 juta peruntukan tahunan Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM)...
DUN AYER LIMAU SEMAKIN BERCAHAYA
AYER LIMAU 29 September - Ayer Limau kini lebih 'bercahaya' apabila lebih 90 lampu dipasang di seluruh kawasan itu bagi...

