‘Saya akan sentiasa datang Melaka’ – Tok Mat

Masa Membaca:42 Saat

MASJID TANAH 5 Okt. – Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Melaka bakal menjadi negeri yang kerap dikunjunginya.

Ia berikutan Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal diadakan pada bila-bila masa dalam tempoh 60 hari bermula hari ini.

Katanya, kedatangannya itu adalah memastikan kesemua jentera UMNO dan Barisan Nasional bersiap siaga untuk menghadapi segala kemungkinan.

“Saya akan sentiasa datang ke Melaka sehinggalah hari penamaan calon nanti dan kita akan berkempen selama beberapa hari seperti yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya,” katanya ketika ditemui dalam pertemuan dengan Biro Politik Melaka, di sini,  malam ini.

Dalam pada itu, mengulas mengenai tawaran Perikatan Nasional (PN) yang sudi bekerjasama dengan UMNO dalam PRN, Mohamad berkata, ia terserah kepada keputusan kepimpinan UMNO di Melaka.

Bagaimanapun, katanya, segala cadangan kerjasama itu perlulah mendapat kelulusan kepimpinan pusat.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1136
Kongsi :
Previous post Jangan harap ‘kekuatan luar’ – Tok Mat
Next post Keputusan wajibkan penjawat awam ambil vaksin sah mengikut syarak- Pakar syariah
Ubah saiz-+=