
Idris dan Noor Effandi pulangkan kenderaan rasmi
SERKAM 9 Okt – Dua bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) bersetuju memulangkan kenderaan rasmi kepada kerajaan Melaka.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ts Kamel Mohamad berkata, pihaknya menghargai tindakan kedua-dua bekas EXCO yang memberikan kerjasama dengan baik selepas meletakkan jawatan dalam barisan kepimpinan pentadbiran negeri.
“Saya ucapkan terima kasih kepada mantan ADUN Sungai Udang dan Telok Mas atas kerjasama mereka mengembalikan kereta rasmi selaras dengan keputusan mereka melepaskan jawatan sebagai EXCO.
“Datuk Seri (Utama) Ir. Idris Haron telah memulangkan kenderaan rasmi pada Khamis lalu manakala Datuk Noor Effandi Ahmad memohon untuk melanjutkan pemulangan Isnin ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas pelancaran Hari Sukan Negara peringkat negeri di Dewan Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) Serkam di sini hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MENARA TAMING SARI TERUSKAN TRADISI BUBUR LAMBUK
BANDA HILIR 16 Februari - Produk pelancongan ikonik Melaka, Menara Taming Sari meneruskan tradisi mengacau dan mengedar bubur lambuk kepada...
TEKAD SHERWIN PADA PARA SUKMA 2026
AYER KEROH 16 Februari - Atlet powerlifting Melaka, Sherwin Kumar, 17, nekad memperbaiki pencapaian peribadi pada Para Sukan Malaysia (Para...
KUDA PONI COMEL ZOO MELAKA BIKIN JATUH CINTA
AYER KEROH 16 Februari - Saiznya yang kecil dan comel selain kelincahannya bermain pastinya membuatkan ramai yang jatuh cinta dengan...
PPSPM IMARAH RAMADAN DENGAN PROGRAM KEROHANIAN, KEBAJIKAN
DUYONG 16 Februari - Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) merancang pelbagai program kerohanian dan kebajikan sepanjang bulan Ramadan...
REZEKI KONSERT AMAL, DUA PENGUNJUNG MENANG MOTOSIKAL
PAYA RUMPUT 16 Februari - Bukan sahaja terhibur dengan persembahan artis, malah suami isteri ini tersenyum lebar apabila membawa pulang...
522 PLOT TANAH KUBUR KAMPUNG KRUBONG DIDIGITALKAN
PAYA RUMPUT 15 Februari - Kampung Krubong menjadi kampung pertama di bawah Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput yang melaksanakan...
