
Kerjasama UMNO-PN diputus Khamis ini – Ab Rauf
AYER KEROH 12 Okt – Kerjasama antara UMNO dan Perikatan Nasional (PN) masih belum dimuktamadkan dan hanya akan diputuskan Khamis ini, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Ab Rauf berkata, sama ada wujud kerjasama itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, perkara itu akan dibincangkan secara terperinci dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO di Kuala Lumpur.
“Tunggu sahaja MKT nanti. Apa-apa akan dibincangkan dalam mesyuarat pada Khamis,” katanya ketika dihubungi Melaka Hari Ini (MHI).
Ditanya sama ada UMNO bersedia sekiranya bakal menghadapi perlawanan tiga penjuru dalam PRN nanti, Ab Rauf bagaimanapun belum mahu mengulas lanjut.
“Apa-apa kita tidak tahu lagi. Tunggu sahaja mesyuarat Khamis ini untuk segala kemungkinan,” katanya lagi.
Semalam, bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dilapor berkata, Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) didakwa masih gagal mencapai formula bagi mengelakkan pertembungan tiga penjuru pada PRN Melaka.
Beliau mendakwa menerima maklumat kedua-dua pimpinan parti masih belum mencapai kesepakatan bagi menentukan kerjasama itu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
DUN AYER LIMAU SEMAKIN BERCAHAYA
AYER LIMAU 29 September - Ayer Limau kini lebih 'bercahaya' apabila lebih 90 lampu dipasang di seluruh kawasan itu bagi...
TAPEM SASAR BAYARAN BALIK PINJAMAN PENDIDIKAN LEBIH TINGGI TAHUN INI
AYER KEROH 29 September - Jumlah tunggakan pinjaman Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM) berjaya dikurangkan daripada kira-kira RM40 juta...
60 ‘HERO’ TURUN SUNGAI, JAGA IKON PELANCONGAN MELAKA
DUYONG 29 September - Seramai 60 peserta menelusuri Sungai Melaka sambil mengutip sampah dalam usaha membantu memastikan ikon pelancongan negeri...
JAM LAMA TIDAK DITUNTUT, MAIM BUKA PELUANG UMAT ISLAM SERTAI BIDAAN
PENGKALAN BATU 28 September - Masyarakat Islam berpeluang memiliki jam lama yang dikategorikan sebagai harta luqatah menerusi sesi bidaan anjuran...
KEPUASAN HATI RAKYAT UKURAN UTAMA KEJAYAAN MBMB – SHADAN
AYER KEROH 29 September - Prestasi Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) bukan hanya diukur berdasarkan projek besar yang dilaksanakan, sebaliknya...
PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN MAUT, 4 CEDERA DALAM KEMALANGAN DI BATU BERENDAM
KESIDANG 29 September – Seorang penolong pegawai perubatan maut selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Tunku Abdul...
