
Banjir kilat: Bomba selamatkan wanita, kanak-kanak
DURIAN TUNGGAL 1 Nov – Empat wanita dan seorang kanak-kanak berdepan detik cemas apabila rumah yang didiami di Jalan Padang Keladi, di sini dinaiki air.
Namun, tindakan pantas anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Keroh berjaya menyelamatkan kesemua mereka ke tempat selamat.
Juru cakap bomba dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan pada jam 6.06 petang dan tiba ke lokasi sembilan minit selepas itu.
Katanya, seramai 16 anggota digerakkan ke lokasi dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda dan lori angkut bagi menyelamatkan mangsa yang terkandas dalam kejadian banjir kilat itu.
“Sampai ke lokasi, anggota telah memindahkan mangsa banjir iaitu empat wanita dewasa dan seorang kanak-kanak.
“Kesemua mereka dipindahkan ke lokasi selamat dan kini ditempatkN di rumah saudara berdekatan.
“Operasi tamat pada jam 8.53 malam,” kata kenyataan itu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
TIGA HOSPITAL PANEL MAMOGRAM UNTUK WANITA MELAKA
AYER KEROH 26 Mei - Tiga hospital swasta di negeri ini dilantik sebagai hospital panel bagi membantu golongan wanita menjalani...
WARGA MPHTJ PERKUKUH BUDAYA KERJA BERPRESTASI TINGGI
AYER KEROH 26 Mei - Warga Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) diminta agar terus memperkukuhkan budaya kerja cemerlang, profesionalisme...
BELUM PUTUS ASA PERJUANG PASAR AWAM MACHAP
MACHAP JAYA 26 Mei - Pembinaan sebuah pasar awam di Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya akan terus diusahakan Datuk...
CUTI SEKOLAH: MACAM-MACAM PROGRAM MENARIK ADA DI MUZIUM MELAKA
AYER KEROH 26 Mei - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menawarkan pelbagai promosi tiket, program interaktif dan aktiviti berunsur warisan budaya...
AIDILADHA: MAIM TUMBANG DUA LEMBU KORBAN UNTUK ORANG ASLI
AYER KEROH 26 Mei - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) akan menumbangkan dua ekor lembu untuk komuniti Orang Asli di...
SUAMI ISTERI ‘HIDUPKAN’ TANAH TERBIAR DENGAN CILI KULAI
ASAHAN 26 Mei - Tapak terbiar di Felcra Desa Mesra Perdana, Bukit Sedanan yang sudah lama sunyi kini kembali hidup...

