Banjir: Dua PPS dibuka di Alor Gajah

Masa Membaca:35 Saat

ALOR GAJAH 1 Nov – Hujan lebat sejak petang tadi menyaksikan beberapa kawasan di negeri ini dilanda banjir kilat.

Antara lokasi yang paling terjejas ialah di Daerah Alor Gajah.

Juru cakap Angkatan Pertahanan Awam (APM) Melaka memaklumkan setakat ini dua pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka di Durian Tunggal iaitu lokasi yang paling terjejas ketika ini.

Dua PPS itu ialah di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Sin Wah dan Sekolah Kebangsaan (SK) Durian Tunggal.

“Hujan lebat sejak petang tadi menyebabkan air sungai dan parit melimpah di kawasan yang rendah.

“Ketika ini APM sedang giat memindahkan mangsa di kawasan terjejas ke dua PPS berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

346
Kongsi :
Previous post Banjir kilat: Bomba selamatkan wanita, kanak-kanak
Next post Melaka United curi satu mata dalam aksi ‘thriller’ di Kota Bharu
Ubah saiz-+=