
Banjir pulih, PPS di Alor Gajah ditutup
AYER KEROH 4 Nov – Kesemua tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Alor Gajah yang dibuka pada Isnin malam susulan beberapa kawasan dinaiki air, ditutup tengah hari ini.
Terdahulu, tiga PPS berkenaan di Sekolah Kebangsaan (SK) Durian Tunggal, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Sin Wah dan Japerun Durian Tunggal menempatkan 152 mangsa yang terjejas.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka Leftenan Kolonel (PA) Cuthbert John Martin Quadra berkata, kesemua PPS itu ditutup tengah hari tadi selepas kesemua mangsa dibenarkan pulang ke kediaman mereka.
“SK Durian Tunggal menjadi PPS terkahir yang ditutup pada jam 12 tengah hari tadi, selepas dua lagi PPS ditutup petang semalam.
“Selepas hujan berterusan pada petang Isnin, 39 keluarga terpaksa ditempatkan di PPS apabila kediaman mereka dinaiki air” katanya.
Beliau berkata, enam kawasan dilaporkan terjejas iaitu Kampung Padang Keladi, Bukit Balai, Kampung Bukit Tambun, Pekan Durian Tunggal, Taman Murai Jaya dan Kampung Padang Kerbau.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
POTENSI KUALA LINGGI SEBAGAI DESTINASI PELANCONGAN MESRA KELUARGA, KOMUNITI
KUALA LINGGI 27 Disember - Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi memiliki potensi besar sebagai destinasi pelancongan mesra keluarga dan...
MAK ESAH KEBAYA MERAH DUTA DIGITAL PROMOSI KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 27 Disember - Rakyat Kuala Linggi boleh berbangga apabila memiliki seorang ikon maya yang begitu sinonim di hati...
MELAKA BIKE WEEK 2026 BERSKALA MEGA – KM
KUALA LINGGI 27 Disember - Kejayaan Melaka Bike Week Edisi Kedua 2025 menggamit lebih 60,000 peminat motosikal dari seluruh negara...
KOLEJ KOMUNITI JASIN ANGKAT SENI ‘QUILLING ART’
BANDA HILIR 27 Disember - Kolej Komuniti Jasin (KKJS) berhasrat menjadi antara institusi pengajian tinggi yang memainkan peranan penting dalam...
ANAK MUDA SUBURKAN ALOR GAJAH DENGAN ALUNAN SELAWAT
REMBIA 27 Disember - Bumi Alor Gajah disuburkan dengan alunan selawat dan qasidah menerusi Majlis Anak Muda Alor Gajah Berselawat,...
LEBIH 200 SAHUT CABARAN COMMANDO FUN RIDE
KLEBANG 27 Disember - Lebih 200 peserta menyahut cabaran Commando Fun Ride di Encore Melaka, di sini, hari ini. Acara...

