Rai Deepavali secara sederhana – Mahadevan

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

AYER KEROH 4 Nov – “Terima kasih kepada kerajaan pusat dan negeri kerana tahun ini memberi peluang bagi masyarakat India menyambut Deepavali walaupun secara sederhana”.

Itu ucapan Setiausaha Khas (Hal Ehwal Masyarakat India Melaka), Datuk M.S Mahadevan yang melahirkan rasa kesyukuran kerana dapat meraikan perayaan itu tahun ini.

“Kepada seluruh masyarakat India yang beragama Hindu di negara ini khususnya di Melaka saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut hari Deepavali bagi tahun 2021.

“Saya selaku pemimpin masyarakat India di Negeri Melaka juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada kerajaan pusat dan negeri kerana tahun ini diberi peluang bagi masyarakat India menyambut Deepavali walaupun secara sederhana.

“Sudah hampir dua tahun kita berada dalam cabaran dan menghadapi satu masalah yang besar iaitu pandemik COVID-19,” katanya kepada Melaka Hari Ini (MHI.

Beliau berkata masyarakat India juga diharap sentiasa menjaga diri ketika perayaan Deepavali supaya tidak menyebarkan wabak COVID-19.

“Tahun ini kita dapat mengadakan Deepavali secara sederhana, saya mohon kepada masyarakat India supaya kita menjaga diri jangan dalam keadaan kita menyambut deepavali masalah COVID-19 ini bertambah.

“Ini amat penting…kesihatan perlu dijaga dan apa juga pengumuman dan keputusan kementerian berkaitan perlu kita patuhi.

“Berhati-hati lah di jalan raya apabila balik Melaka ataupun semasa berkunjung ke rumah saudara mara,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

356
Kongsi :
Previous post Dua kanak-kanak dalam kereta terkunci diselamatkan
Next post Banjir pulih, PPS di Alor Gajah ditutup
Ubah saiz-+=