
BN pertaruh dua anak bekas Ketua Menteri
KUALA LUMPUR 6 Nov – Dua anak bekas Ketua Menteri Melaka disahkan akan bertanding mewakili Barisan Nasional (BN) pada Pilihan raya Negeri (PRN) 20 Nov depan.
Mereka ialah Zulkiflee Mohd Zin dan Datuk Khaidhirah Abu Zahar.
Kedua-dua mereka merupakan anak Ketua Menteri Melaka ke-7 dan ke-8 iaitu Allahyarham Datuk Seri Mohd Zin Abdul Ghani dan Allahyarham Datuk Seri Abu Zahar Isnin.
Khaidhirah, 37 atau mesra dengan panggilan Dira Abu Zahar bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim.
Beliau yang juga Ketua Puteri UMNO Bahagian Jasin dipilih menggantikan penyandang terdahulu, Datuk Wira Ghazale Muhamad.
Manakala, Zulkiflee, 53 pula dicalonkan bagi kerusi DUN Taboh Naning menggantikan Ketua Wanita UMNO Melaka, Datuk Wira Latipah Omar.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TIGA HOSPITAL PANEL MAMOGRAM UNTUK WANITA MELAKA
AYER KEROH 26 Mei - Tiga hospital swasta di negeri ini dilantik sebagai hospital panel bagi membantu golongan wanita menjalani...
WARGA MPHTJ PERKUKUH BUDAYA KERJA BERPRESTASI TINGGI
AYER KEROH 26 Mei - Warga Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) diminta agar terus memperkukuhkan budaya kerja cemerlang, profesionalisme...
BELUM PUTUS ASA PERJUANG PASAR AWAM MACHAP
MACHAP JAYA 26 Mei - Pembinaan sebuah pasar awam di Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya akan terus diusahakan Datuk...
CUTI SEKOLAH: MACAM-MACAM PROGRAM MENARIK ADA DI MUZIUM MELAKA
AYER KEROH 26 Mei - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menawarkan pelbagai promosi tiket, program interaktif dan aktiviti berunsur warisan budaya...
AIDILADHA: MAIM TUMBANG DUA LEMBU KORBAN UNTUK ORANG ASLI
AYER KEROH 26 Mei - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) akan menumbangkan dua ekor lembu untuk komuniti Orang Asli di...
SUAMI ISTERI ‘HIDUPKAN’ TANAH TERBIAR DENGAN CILI KULAI
ASAHAN 26 Mei - Tapak terbiar di Felcra Desa Mesra Perdana, Bukit Sedanan yang sudah lama sunyi kini kembali hidup...
