Rauf dan Mohamad Ali antara calon muka baharu

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

KUALA LUMPUR 6 Nov – Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh antara calon muka baharu yang bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Turut dicalonkan timbalannya yang juga Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu, Datuk Seri Dr Mohamad Ali Mohamad di DUN Sungai Udang.

Perkara itu diumumkan oleh Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan pada sidang media di Auditorium UMNO, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini.

Ab Rauf yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tidak bertanding namun dicalonkan untuk bertanding di kawasan kubu kuat UMNO di Tanjung Bidara.

Beliau menggantikan penyandangnya, Datuk Md Rawi Mahmud yang sebelum ini menarik diri daripada mempertahankan kerusi berkenaan bagi memberi peluang kepada calon muka baharu.

Mohamad Ali yang juga Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu sebelum ini mencabar bekas Ketua Menteri yang juga mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron untuk bertanding di kawasan sama bagi menentukan sejauh mana rakyat memilih kepimpinan yang ikhlas dalam perjuangan.

Bagaimanapun, Idris dalam laporan media sebelum ini menegaskan mahu mempertahankan kerusi sama yang ditandinginya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dan PRU14.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

557
Kongsi :
Previous post Sulaiman pertahan DUN Lendu
Next post BN pertaruh dua anak bekas Ketua Menteri
Ubah saiz-+=