
Lima teras manifesto BN akan diumumkan esok
LENDU 9 Nov. – Sebanyak lima teras manifesto Barisan Nasional (BN) yang membawa manfaat membabitkan setiap lapisan masyarakat akan diumumkan esok.
Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, kesemua teras itu merangkumi pelbagai aspek termasuk mengutamakan manfaat untuk golongan muda, belia serta anak jati negeri ini.
Beliau yang juga calon BN bagi kerusi N.04 Lendu bagaimanapun tidak memperincikan selanjutnya mengenai manifesto yang akan diumumkan itu bersifat menyeluruh.
“Saya ingat ia satu manifesto yang terangkum keseluruhan semuanya yang merangkumi segala aspek. Jadi tunggulah esok,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui Melaka Hari Ini (MHI) di Kampung Lendu Dalam, Masjid Tanah.
Mengulas lanjut katanya, manifesto tersebut turut menetapkan jangka masa pencapaian dalam tempoh tertentu.
“Dia ada dalam tempoh (sehingga) 100 hari, (dan) dalam tempoh setahun. Dia ada jangka masa dia hingga ke lima tahun.
“Jadi (ia secara) berperingkat. Mana yang kita boleh buat dalam tempoh setahun tu, kita akan buat.
“Pastikan dalam tempoh setahun tu dapat dilaksanakan tapi benda-benda yang lain yang memerlukan masa Iima tahun, adalah dia dalam satu tahun hingga ke lima tahun,” ujarnya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG: SEMAI PERASAAN BANGGA, CINTAKAN NEGARA
AYER KEROH 13 Ogos - Sebanyak 84 Komuniti MADANI seluruh Melaka akan digerakkan bagi menjayakan kempen '1 Rumah 1 Jalur...
BANTUAN TEPAT IKUT KEPERLUAN, JADI PENGUAT SEMANGAT PENJAJA KECIL
BEMBAN 13 Ogos - Peniaga kecil, usahawan dan penjaja menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri atas sumbangan peralatan perniagaan sempena Program...
111 PENJAJA, USAHAWAN KECIL DUN BEMBAN TERIMA BANTUAN RM50,000
BEMBAN 13 Ogos - Seramai 111 penjaja dan usahawan kecil dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban menerima bantuan peralatan...
RUMAH BAHARU JADI SIMBOL HARAPAN BUAT AMRAN SEKELUARGA
GADEK 13 Ogos - Bertahun-tahun lamanya, setiap kali hujan lebat Amran Sulaiman, 59, dan isteri resah memikirkan ruang dalam kediaman...
MAIM ADA BUDI BICARA, SEDIA BANTU RAKYAT DALAM KESUSAHAN
AYER MOLEK 13 Ogos - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) mempunyai budi bicara yang tinggi dalam membantu golongan asnaf mahupun...
IKAN BAKAR TELOK MAS JADI FENOMENA
TELOK MAS 13 Ogos - Industri ikan bakar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas terus mencatatkan sambutan luar biasa...

