Hanya khabar angin keluar Bersatu – Pak Wan

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

ALOR GAJAH 9 Nov – Ahli Parlimen Alor Gajah Datuk Seri Mohd Redzuan Mohd Yusof atau dikenali Pak Wan menafikan khabar angin mengatakan dirinya akan keluar Bersatu.

Beliau berkata, dirinya bersikap terbuka dan akur apabila tidak dicalonkan untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

“Saya hendak menindakkan ada ura-ura mengatakan nak keluar parti, itu tidak benar cuma digembar-gemburkan pihak tertentu. Secara khusus saya tetap dalam saf Bersatu.

“Dalam politik ini kita kena ikut keputusan parti. Kita kena akur keputusan, sedikit sebanyak mungkin berkecil hati,'” katanya pada sidang media di Bilik Gerakan Bersatu Parlimen Alor Gajah, hari ini.

Beliau yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu berkata, walaupun tidak dicalonkan namun akan tetap membantu gerak kerja tiga calon parlimen itu untuk memenangi PRN nanti.

“Fokus saya kepada tiga kerusi iaitu Asahan, Rembia dan Machap Jaya. Kita akan sumbangkan kepada pergerakan dan selaraskan pergerakan dalam berkempen.

“Gabungan antara parlimen nampak sokongan itu meningkat dan berharap memontum itu kekal. Keyakinan ini berdasarkan dapatan data (diperoleh) dan gerak kerja sebelum ini selain faktor rakyat mula fahami,” katanya.

Sementara itu, Redzuan berkata, dia amat berharap sekiranya sedikit kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) dapat diberikan dalam tempoh berkempen ini bagi memudahkan calon bertemu pengundi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

312
Kongsi :
Previous post Siapa jadi Ketua Menteri tidak penting – Idris
Next post Lima teras manifesto BN akan diumumkan esok
Ubah saiz-+=