
Positif COVID-19, Ghafaar kini stabil – Anak
MELAKA 11 Nov – Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan, Datuk Seri Abdul Ghafaar Atan yang dimasukkan ke Hospital Besar Melaka sejak Ahad lepas akibat jangkitan COVID-19, kini dalam keadaan stabil, dan masih dirawat di Unit Rawatan Rapi hospital berkenaan.
Anaknya Norhalis, 35, ketika dihubungi berkata bapanya mula batuk-batuk Ahad lepas dan membuat ujian pengesanan di sebuah hospital swasta sebelum disahkan positif, dan dia disyaki mendapat jangkitan itu dari anggota keluarganya.
“Doktor ada menghubungi saya semalam menyatakan bahawa walaupun bacaan oksigennya masih rendah, tetapi dia stabil,” katanya.
Sehubungan itu beliau dengan rendah hati memohon orang ramai supaya mendoakan kesembuhan bapanya dan membacakan Yassin Syifa untuknya.
Semalam beberapa media melaporkan Abdul Ghafaar berada dalam keadaan kritikal dan ditidurkan di ICU Hospital Melaka akibat COVID-19. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA TUMPU USAHA TINGKAT PERTUMBUHAN TRAFIK UDARA LTAM
SERI NEGERI 13 Julai – Kerajaan Negeri memberikan tumpuan untuk memperkukuhkan kesalinghubungan udara menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) melalui...
MELAKA HARAP RAKYAT NILAI HASIL KERJA, TOLAK POLITIK KEBENCIAN
SERI NEGERI 13 Julai - Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor menjadi bukti bahawa rakyat kini semakin bijak menilai berdasarkan...
CAJ WARISAN MELAKA DIGUNAKAN SEPENUHNYA PERKASA PELANCONGAN
SERI NEGERI 13 Julai - Kutipan caj warisan Melaka membawa impak positif kepada sektor pelancongan negeri apabila pelbagai program dan...
LEBIH RM6.7 JUTA KUTIPAN CAJ WARISAN MELAKA DIMANFAATKAN UNTUK PROGRAM PELANCONGAN BERIMPAK TINGGI
SERI NEGERI 13 Julai - Sejumlah lebih RM6.7 juta peruntukan daripada Akaun Amanah Caj Warisan Negeri Melaka telah dimanfaatkan di...
MAIM TERUS PERKUKUH PENGURUSAN WAKAF
AYER MOLEK 13 Julai - Kesedaran umat Islam di Melaka khususnya untuk berwakaf kepada Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) meningkat...
NORLIDA SEBAK TERIMA HADIAH MOTOSIKAL RODA TIGA DARIPADA TOK RAUF
KUALA LINGGI 12 Julai - Sumbangan motosikal roda tiga daripada Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh untuk suaminya...
