Calon BN Ayer Keroh sahut cabaran PH berdebat secara langsung, malam ini

Masa Membaca:1 Minit, 36 Saat

AYER KEROH 11 Nov – Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Keroh, Yong Fun Juan bakal berdebat dengan calon Pakatan Harapan (PH) dari DAP, yang juga penyandang kerusi itu, Kerk Chee Yee pada satu sesi debat malam ini.

Perbahasan mengenai hal ehwal semasa DUN Ayer Keroh itu akan disiarkan secara langsung menerusi platform Facebook masing-masing pada jam 8.30 malam.

Menurut Fun Juan, beliau menyahut cabaran Chee Yee yang dibuat pada hari penamaan calon Isnin lalu.

Ujarnya, cabaran beas ADUN Ayer Keroh itu tidak akan sesekali ditolak oleh beliau kerana ia akan membantu penduduk DUN Ayer Keroh mendapat maklumat sebenar sekali gus menilai calon paling layak mewakili mereka sebagai wakil rakyat.

“Beliau (Chee Yee) cabar saya semasa hari penamaan calon maka saya sambut cabaran beliau itu.

“Hanya kami berdua yang akan berdebat malam ini, tiada wakil Perikatan Nasional (PN),” katanya ketika dihubungi Melaka Hari Ini (MHI).

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November ini, DUN Ayer Keroh menyaksikan pertandingan tiga penjuru membabitkan Fun Juan (BN), Kerk (DAP) dan Datuk Seri Micheal Gan Peng Lam (PN).

Dalam pada itu menurut Fun Juan, kerajaan yang di perintah PH lebih mengutamakan populariti dan sikap populis berbanding keutamaan khidmat bakti.

“Mereka lebih suka tumpu kepada isu-isu populis untuk mendapat sokongan dan perhatian lebih berbanding usaha memberi perkhidmatan yang baik dan diperlukan kepada masyarakat,” katanya .

Tambah beliau, adalah tidak wajar bagi seseorang wakil rakyat `muncul’ pada pilihan raya sahaja, sebaliknya seseorang wakil rakyat harus sentiasa sedia berkhidmat demi penduduk kawasannya pada bila-bila masa.

“Pengalaman mendapat dua kerajaan berbeza dalam satu penggal seharusnya menjadikan rakyat Melaka lebih tahu dan sedar,’ katanya.

Beliau yang juga Pengerusi MCA Hang Tuah Jaya berkata, teras utama manifesto BN ialah memfokuskan kepada kestabilan politik kerana hanya melalui pendekatan itu, semua aspek kehidupan, kebajikan dan pendidikan masyarakat akan lebih terjaga dan terpelihara.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

917
Kongsi :
Previous post 24 pusat pengundian awal PRN Melaka akan dibuka – SPR
Next post Positif COVID-19, Ghafaar kini stabil – Anak
Ubah saiz-+=