
78.5 peratus populasi remaja lengkap vaksin
KUALA LUMPUR, 12 Nov – Seramai 2,472,098 individu atau 78.5 peratus populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun di negara ini sudah menerima vaksin COVID-19 lengkap setakat 11.59 malam tadi, menurut data Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi laman COVIDNOW.
Berdasarkan data itu juga, seramai 22,258,551 orang dewasa atau 95.1 peratus populasi dewasa lengkap divaksin, 1,031,946 atau 4.4 peratus masih tidak divaksin, manakala seramai 22,843,780 menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Secara keseluruhan, seramai 24,730,649 atau 75.7 peratus populasi Malaysia sudah menerima vaksin COVID-19 yang lengkap.
Mengenai jumlah dos vaksin harian, sebanyak 143,662 dos diberikan melibatkan 42,888 penerima suntikan dos lengkap; 8,449 (dos pertama) dan 92,325 (dos penggalak).
Ia menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 50,946,620, manakala jumlah kumulatif dos penggalak kini sebanyak 825,497. -BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
PUSAT KOMUNITI ‘NADI’ BAHARU PENDUDUK DESA DUYONG
DUYONG 12 Mei - Penduduk Taman Desa Duyong menerima sebuah pusat komuniti baharu yang siap dibangunkan oleh Majlis Bandaraya Melaka...
MELAKA TUAN RUMAH FESTIVAL TEATER ZON SELATAN
AYER KEROH 12 Mei - Melaka bakal menjadi tumpuan penggiat seni teater apabila dipilih sebagai tuan rumah bagi penganjuran Festival...
SERASI TERNAK KAMBING
ASAHAN 11 Mei - Berbekalkan pengetahuan asas, Zulhisham Abdul Razak, 43, kini semakin serasi dan bersemangat untuk mengembangkan lagi penternakan...
CINTA DINA HADFINA KEPADA KALAM ALLAH
AYER MOLEK 12 Mei - Hidupnya berasa lebih lapang, luas dan aman, semuanya adalah hasil keberkatan daripada amalan membaca al-Quran...
MBMB UBAH KAWASAN BERMASALAH JADI PUSAT RIADAH
PENGKALAN BATU 12 Mei – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) merancang memperluaskan pembangunan kawasan rekreasi berkonsepkan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG)...
MADU KELULUT BUKIT SERAYA ‘ADA UMPHHH’
ASAHAN 12 Mei - Siapa sangka ternakan madu kelulut yang diusahakan sejak 10 tahun lalu memberi nikmat rezeki kepada sebuah...

