Rim: Dira mahu sektor tani di Melaka dimajukan lagi

Masa Membaca:55 Saat

JASIN 11 Nov – Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim, Datuk Khaidhirah Abu Zahar mahu memperluaskan sektor pertanian buat petani dan usahatani di negeri ini.

Beliau berkata ia berikutan pasar tani adalah medan pertemuan bagi pengeluar dan pengguna.

Katanya, konsep pasar tani adalah pengeluar memasarkan hasil keluaran mereka sendiri secara terus kepada pengguna.

“Objektifnya meningkatkan ruang pasaran hasil pertanian, pendapatan petani serta pengeluar.

“InshaAllah, saya Calon Nombor 3 N.25 DUN Rim memiliki cita-cita yang tinggi untuk semua petani dan usahatani mengembangkan lagi sektor ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook rasminya, semalam.

Khaidhirah bagaimanapun berkata, beliau yakin lebih banyak lagi sektor dapat dibangunkan menerusi konsep pertanian tersebut.

“Apabila saya berjalan-jalan ke sekitar pasar tani (Jasin), saya percaya banyak lagi yang kita boleh bangunkan dalam sektor ini.

“Sektor pertanian menyumbang 11.2 peratus kepada ekonomi negeri Melaka.

“Potensinya di Melaka juga sangat besar apabila Melaka mencatatkan pertumbuhan daripada RM4.433 billion kepada RM 4.598 billion (3.7 peratus).

“Ia menjadikan Melaka sebagai negeri tertinggi pertumbuhan pertanian di Malaysia tahun 2020,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

575
Kongsi :
Previous post 78.5 peratus populasi remaja lengkap vaksin
Next post Paya Rumput: Ekonomi rakyat jadi fokus Rais Yasin
Ubah saiz-+=