BN mahu Melaka jadi pusat pelancongan sepanjang minggu

Masa Membaca:1 Minit, 25 Saat

MASJID TANAH 13 Nov. – Barisan Nasional (BN) komited mahu menjadikan Melaka sebagai destinasi pelancongan sepanjang minggu dengan pelbagai tarikan tersendiri.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, misi membangunkan pelbagai lokasi pelancongan akan terus diperkasakan bagi memastikan pengunjung tidak menumpukan destinasi pelancongan utama di negeri ini.

Beliau yang juga calon BN Lendu berkata misi itu juga bagi memastikan Melaka bukan sebuah negeri tumpuan pelancong pada hujung minggu akan dipenuhi dengan pelbagai aktuivit dan tarikan dalam sektor terbabit.

“Melaka sebuah negeri pelancongan (jadi) saya nak memperkasakan pelancongan dalam Negeri Melaka ni tetapi saya tak boleh biar Melaka pelancongan hanya pelancongan hujung minggu.

“Saya nak jadikan pelancongan Negeri Melaka ini sepanjang minggu ada orang. Nak jadikan Melaka ni pelancongan sepanjang minggu, bukan pelancongan hujung minggu,” katanya ketika ditemui Melaka Hari Ini di Taman Bandar Baru Masjid Tanah, di sini hari ini.

Dalam pada itu, katanya bagi merancakkan sektor terbabit ia sejajar dengan misi BN bagi membentuk Masjid Tanah sebagai sebuah daerah baharu agar sektor berkenaan terus diperkasakan dengan pelbagai tarikan dan aktiviti pelancongan baharu di negeri ini.

“Di Masjid Tanah ini juga banyak kawasan yang boleh kita jadikan produk pelancongan yang baharu, di Lubok Cina, Kuala Linggi umpamanya, kita boleh teroka kesan-kesan sejarah malah orang yang mendarat di Sungai Linggi, kita boleh ‘explore’kerana ada (tarikan) kunang-kunang dan buaya.

“Saya tak mahu pelancongan tertumpu di kawasan bandar saja, jadi bagi mereaslisasikan ini semua, daerah Masjid Tanah saya kena buat dulu supaya mewujudkan, peluang, perjawatan dan peluang pekerjaan.

“Segala arus pembangunan peruntukan dari pusat akan terus sampai ke Masjid Tanah dan barulah saya rasa banyak produk pelancongan yang boleh kita bangunkan di sini,” ujarnya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1392
Kongsi :
Previous post Dua tokoh dahului senarai penerima darjah kebesaran, pingat sempena keputeraan Agong
Next post Klebang: Calon BN mahu teruskan projek PPR terbengkalai
Ubah saiz-+=